Monday, February 28, 2011

kursus kawin~~

brader sbelah encik wali tuh cam xde perasaan je kn??? bila kita gelak ramai2, pceramah tu wat lawak.. laki tuh cam xpduli jer.. xde perasaan kot.. ke dia tpaksa g kursus????? jiwa kacau saja... arrghhh, lantak p lah.. asal  i dah  g kursus.. dah bjaya hbiskan kursus tuh~~ =)

Wednesday, February 23, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita ~~

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, February 21, 2011

minggu yg sungguh happy..

Hari saturday yg lepas.. sesi karaoke bila aku bgun tghari tuh.. kul 4 ptg aku dah start karaoke.. nk lpskan gian.. kul 6 lebih bru stop karaoke sb nk kuar dgn encik wali.. mak aku lak sibuk ler nk ngemas umah time aku nk kuar, sorry ye bu.. acik dah janji nk kuar.. tgh2 ibu mgemas, tjumpa lah barang2 lama kami dulu time kicik2.. (kami xpnah kicik pon, masing2 besar cam badak..wakakakakakakaa)

 banyakkan brg2 nih???? ni smua baru brg dr dlm bilik stor je tau.. lom tempat len lagi...

 tjumpa lak kenangan hp lama aku yg hilang pada bulan 7 thn lps.. huh, seksa bila xde phone slama 3 bulan...

haaaaa, kowang tau nih apa???? ni lah abg PS2.. ni lama punya, dah wosak dah.. dl asyik bgadoh nk main benda maklah nih, tp bila dah lama2 smua wat xtau jer.. akhirnya ia nya rosak...

kul 6, aku follow encik wali ke beranang..
sebab??? nk tgok camne joget lambak..
ye aku xpnah tgok acara joget lambak nih camne.. tu sb aku nk follow..
rating utk joget lambak : aku bagi "5 bintang"

memang best.. sib baik encik wali sibuk performe, kalau x, mmg dia aku ajak bjoget.. aku hanya duduk dsatu sudut dan tsenyum mlihat ragam owg2 kat situ.. memang comel~~ teringin sangat nk menari dgn dia org.. tp mallluuuuuu~~ aku nih kn pemalu... (jeling2 kat kowang...ia kan saja ok...)



 ** D' Oryza time performe..

 **lawa x bulan mlm tuh??? bulan penuh...

 ** ni antara gelagat pakcik yg buat aku tsengih2.. mmg sporting habis beb~~

P/s : bnyk lagi aku nk citer nih.. tp nk balik arr.. yg pastinya hp aku xde wat masa nih.. aku terasa terseksa sb sunyi xde sapa nk msg n bborak dgn aku.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ bila lah hp aku nk balik nih???

Thursday, February 17, 2011

bengkel / hari yg giler + cool - ttanya2 = boring ~~

pagi ni ada Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Bagi Tahun 2011..
bla bla bla bla bla.. boring~~
ye, nnti saya buat yer.. nnti sy xpaham sy tanya admin..
kalau cara dia sama je, saya tau lah..

 ni tokey admin.. kihkhihkhik~~ bos admin..

 ** bukti i pegi bengkel nih.. kihkhihkhihk, interframe dak sbelah tuh..kihkhihkhihk~~


** antara yg nk glamour.. kihkhihkihkhhi..

semalam adalah hari yg giler sb pas aku mkn ubat, aku tido kul 8.35 malam sampai pg td.. adalah 2 ke 3 kali aku tjaga mlm td.. fuhhhh, mmg puas tido tp paham2 ler kalau tlebey tido nih apa jadi kn.. yeee, aku xde mood pagi nih.. aku hanya tpikirkan bantal bucuk kat umah jer..

cepat lah kul 6 petang.. ptg ni ada meeting sebutharga.. folder smua aku dah uruskan.. tp cam ada yg xcomplete lg jer.. risau tul lah.. jgn lah ada masalah nnti, kalau kena marah nnti kompom aku mlalaknya.. mood dah xelok, bdan rasa nk demam je nih..

..............................................................................................................................

tertanya-tanya?????
ada benda aku nk tny kowang, kalau kowang tau lah.. 
ni apa benda????


tadi lalu kat lebuhraya Besraya.. pastu mata aku ttumpu kpd benda nih, ia berada di langit yg indah.. cam ada asap2.. tu apa benda ek??? xpenah tau pon, nk tanya tp malu.. lg 1, mn tau owg yg bgtau & terangkan kat aku tu pon goweng aku kn.. xmo lah dpt fakta yg salah.. nk ckp nama benda nih pon aku xtahu.. kalau tau dah lama aku search kat google.. tp nama pon aku xtahu..

kalau ada sesiapa yg tahu, bgtau aku ek.. teringin gak nk tahu.. apa nama dia??? fungsi dia??? mcmne bnda nih ada kat langit??? dia nk kmana???

......................................................................................................

kesimpulan untuk pagi td smpai kul 11 nih, aku boring......

sekian, terima kasih... (sign sikit...)


p/s : jgn kd cam aku, kowang kena rajin keje.. kihkhihkhihkihhkhi~~

Wednesday, February 16, 2011

40 vs 42~~ durian vs putu piring ~~

"eh eh.. ko dah gemuk arr dhiya"
"ko kena tukar saiz baju nih.. skrng ko kena pakai saiz 44"
"aikkkk, mkn roti je ke??? kenyang ke dhiya???"

jawapan aku???? seperti di bawah bkn di atas...
yg kat atas tuh, abaikan je.. hehehheehe~~

"eh eh.. ko dah gemuk arr dhiya", 
jawapan saya : u, u silap owg nih.. i mmg dari dulu gemuk arr.. xcaya tanya mak i.. dia je yg slalu komplen sal i gemuk.. rasanya i xpnah kurus pon.. khihkhihkhihkhikh..

"ko kena tukar saiz baju nih.. skrng ko kena pakai saiz 44"
jawapan saya : u, baju yg i pkai skrng nih, yg u nmpk i gemuk nih, ni saiz 40.. tp start bulan lepas, start i ada dia, saiz baju i kena beli 42 dah.. nape naik??? bahagia kot.. ye arr, mkn hati ulam jantung selalu jer.. xke sodap tuh..

"aikkkk, mkn roti je ke??? kenyang ke dhiya???"
jawapan saya : waaaaaaaaaaa, sy xkenyang kak.. sy mkn roti sb sy malas nk mkn.. lgpon sy dah mula risau owg ckp sy gemuk.. kihkhihkhihkih, tp tggu lah saya balik keje nnti, kompom sy mkn nasi..

sejak ada owg yg mlayan saya mkn nih, selera makin menjadi2..
ish, risau lahhhhh~~
aritu bedal durian dekat 2 kilo dgn dia.. ehhhh, 2 kilo tu tmasuk kulit tau..
dalam tu ada brapa ulas jer...
sedap sedap sedap...


dan skarang nih, aku tgh target nk cari putu piring lak..
hehehehhe, giler betol aku skrng nih..
target benda mkn jer... ish ish ish.. jahanam diet slama nih~~


p/s : sapa nk kurus, jgn jd cam aku... kihkhihkhikhihkh... kalau nk gemuk ke kurus ke, xkacau owg pon kn??? so, hak individu.. jgn mrendahkan seseorg itu dari fizikalnya.. xsemestinya kamu kurus, lawa tapi ilmu & amalan kamu lebih baik & banyak dr owg yg tidak lawa dr kamu.. jadi, jgn bangga & bongkak diri akan kcantikan diri kamu.. itu semua hanya lah pinjaman dunia semata2..

Monday, February 14, 2011

telah dblock.. balas dendam.. dendam yg terlerai.. valentine & maulidur rasul...

yeay...
aku telah di block oleh seseorg di facebook..
alasan : nk aku rasa camne dia rasa..
it's ok~~ wat lah.. tu hak kamu..
tapi selepas kamu buat, kamu jangan muncul lagi dalam hidup ni..
sebab aku kecewa dengan sikap kamu..
kamu kata aku yg tidak matang.. tapi kamu???
kamu sering myalahkan aku.. salah kamu????
xpe.. tu hak kamu, hak aku juga utk tentukan segalanya..

....................................................................................................................

balas dendam???
untuk aku balas dendam???? xmungkin.. tp bila kita bdua dulu..
tapi kini, bila hati aku dah sakit balik..
pada aku, xguna rasanya bila aku bbuat baik dengan org seperti kamu..
org yg xtahu mhargai seseorg.. hanya mmandang kesalahan seseorg...
ye aku mmg salah.. tapi kamu yg mbalas dendam..
mengajar kembali pd aku erti balas dndam...

.......................................................................................................................

dendam yg tlerai??? mcm tajuk lagu jer..
xmungkin akan ada dendam yg tlerai buat masa nih..
malah makin mdalam...

......................................................................................................................

valentine????
.budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian
serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...

jadi jangan gatal2 nk sambut valentine ek..
HARAM...

sakit hati bila tgok ada budak skolah yg sanggup ponteng skolah sb nk sambut valentine..
rasa nk pijak je dak tuh..
alasan, malas.. padahal nk g sambut valentine dgn kwn2..
astaghfirullahalazim..

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

......................................................................................................................

esok sambutan Maulidur Rasul Tahun 2011
selamat menyambut Maulidur Rasul semua dan berdoa semoga kita semua bersama-sama dapat memperbanyakkan selawat dan memperingatinya serta berusaha untuk mencontohi sifat dan keperibadian Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. supaya dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian. 

InsyaAllah.. Amin...
...........................................................................................................................

Friday, February 11, 2011

selamat pengantin baru~~

selamat pengantin baru
semoga kekal abadi
bahgia ke anak cucu
sentosa murah rezeki
alhamdulillah bertemu jodohnya
berkat kesucian akhir terlaksana
pabila sedang bersanding
janganlah suka menjeling
menjadi raja sehari
tersenyum nampak berseri
tenangkanlah hati dengan kesyukuran
sabar menghadapi tempuh hidup baru

 dihari jumaat yg indah lg mempesonakan ni, tetiba aku leh tdengar lak owg pasang lagu selamat pengantin baru.. kihkhihkhihhkih~~ ada ke radio pasang lagu kawin2 nih??? xpe,aku suka lagu tuh~~ buat aku bsemangat lagi utk truskan mencari khidupan aku yg akan dtg..

26 & 27hb nnti, insyaAllah aku akan menghadiri kursus kawin.. emmm, sbenarnya aku xperlu g pon sb aku emmmm.. pepaham sudah lah~~ tp xpe lah, nk jgk rasa camne dok lam bilik kuliah utk kursus kawin tuh.. xsabar rasanya~~
tapi, dpt lak berita  gembira + menyedihkan..
apa aku ckp nih???
ye, berita gembira, DIA dpt tawaran kerja.. emmm, ye dia minat.. tu cita2 dia.. tapi di JB.. JB???? xde jauh lg ke???? emmm, makin hari makin jauh jd nya antara aku dan dia.. kenapa???? kenapa dugaan dtg btimpa2 lam hdup aku nih??? argghhh....
yang sedihnya :-
kalau lah aku boleh halang dia pergi~~
kalau lah aku leh pujuk dia untuk jangan biarkan aku ksorangan merindui dia disini~~
kalau lah aku boleh buat dia 
TIDAK TINGGALKAN AKU~

tapi apakan daya, tu kehidupan dia..
tu cita2 dia..
itu pilihan & kehendak dia..
tu yg tbaik utk dia..
aku????
emmm.. hanya menanti.. dan terus menanti~~
sampai bila??? sampai bila2..
selagi hati aku pd dia, aku xkn lupakan dia..
seandainya dia temui khidupan & cinta baru dalam hidupnya..
aku redha~~
semua yg tbaik hanya utk nya..

kalau lah dia tahu ksedihan aku dsebalik kgembiraan dia~~

Thursday, February 10, 2011

Jodoh Ketentuan Allah...

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:


1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Hasil Gatal Tangan di 

Wednesday, February 09, 2011

sakat myakat tsakat myekat ~~

 Mizs Dya Comot 
U are all invited to my wedding on 29th February, 7pm till 11pm at PWTC, kindly confirm ur reservation ASAP. °•·♥·♡.τнäиκ..чöü.♡.♥·

akibat statement bengong aku nih..
firstly, aku ketawa & sengih smpai lenguh mulot aku smlm..

akhirnya, aku dikondem apatah lg dmaki hamun oleh kwn2..
kihkhihkhihk, lek arr.. xkn xleh gurau kot kn..
bulan februari 2011 ni mn ada 29 hb kwn2 uuuit...


termasuk gak sowang kwn aku nih, encik tarmizi abdullah..
bengang nya pasal.. smpai nk lempang aku..
free2 aku kena sengal dgn dia..
lek lah bro, wa main2 jer..
kalau wa nak kawin, kompom gemparnya..
gila apa aku nk kawin??? emmm, xmgkn kot~~

dah penat kenakan owg, tengahari stop jap g mkn..
makan kat Nando's Alamanda..
Alamanda lagi ~~~~
kami mbelanjakan duit yg kami dpt dri menjual ketas aritu..

aku??? mkn ayam, nasi & salad..
very2 kenyang..


balik keje, dok umah angah.. arini dok umah along lak sb ateh n sani ada gak.. leh wat party bujang.. khkhhihkhhikhihhkh, gilo betol~~

pg td mkn ns lemak yg dbeli oleh encik muzamil (my abg ipar..)
tengahari??? padan muka aku.. aku lapar, jd aku beli maggie, kopok & air kotak jer..


p/s : aku tengah seksa, seksa sebab sakit gigi... gigi depan lak tuh~~ aduyai..

Wednesday, February 02, 2011

dugaan....

dugaaaannnn..
emmmm, dugaan dtg btimpa2 bulan nih..
satu persatu dugaan dtg menguji aku..

dengan mak kwn baik aku dalam keadaan koma krn kencing manis..
family??? emmm.. biasa2 jer..
kerja??? banyak sangat keje.. tah ler~~

sakit kpala, migrain..
emmm... sakit je skrng nih.. banyak benda aku nk pk..
klau lah aku xpyh smua nih..
alangkah indahnya...

skrng ni musim banjir kat pahang, johor & melaka..
kesiannya kat mangsa2 banjir tuh..
dgr kata pakcik aku kat melaka pon umah dia dinaiki air..

esok djangka aku akan balik kg, melaka..
emmmm, mati kutu lah aku nnti dok kampung..
kompom xde line internet..
kompom line telefon pon susah nk ada..
penat itu sudah pasti..
rasa cam xnk ikot jer..
tp boleh ke kalau aku xikot??? boleh x???
hujan??? camne nk mancing nnti nih???
aktiviti aku??? tah ler.. cam xde bnda nk wat apa je nnti..
banje kompom besar punya..
duit dah xbnyk nih, camne nih???

harap sgt sabtu cepat blalu..
cepat2 lah balik kl..
xmo dok kampung lama2..
ayahhhh, balik awal yer..