Wednesday, February 27, 2013

Blog Baru~

kepada pembeli2 online tegar..
apatah lagi kepada pembeli2 tegar kain2 pasang, brg2 wanita..
silalah pollow blog ini..


berikan sokongan kepada penjual2 online yeeee...
yehaaaaaaaaaaaa~

Friday, February 22, 2013

kawan baik dtg melawat~


hahahahhahahahha..
sb dah lama xhapdate blog..
ada masa utk bblog nih..
boleh lah post blog yg simple tp bmakna..

tengahari td, kwn baik sy dtg melawat sy..


dia bawakan sy kek..
kek hijau tu kek span.. sedap~

bru brapa minggu xjumpa dia..
dia sudah debab..
hahahahahahah~
kompom marah makcik ni jap lg~
hahahahhaha..

terima kasih #kawanbaik
sebab datang jumpa sy kat sini..

insyaAllah, nnti kita g karoke..
xpon g dating jumaat dpn yer...
sy pon dah lama xg bpoya2 nih,,,
hahahahha~

xoxo..

Friday, February 15, 2013

Perginya Seorang Teman..

dah 2 hari..
2 hari perginya seorang teman ku..
bukan kmana dia pergi..
cuma dia pindah opiz je pon..
tapi amat besar maknanya pada ku~


sila abaikan jari aku yg senget itu..
apa yg aku ingin mention melalui gambar ini.
dulu kawan baik aku tu duduk kat situ..
buat keje kat situ..
buat wayang konon bz pon kat situ jgk..
hahahahahhahahahahha~

dulu aku bila lalu kat situ, mesti singgah kejap..
sb aku nk pastikan kwn aku tu sihat ke idak..
tp kalau bulan dia dtg, bek jgn pegi..
hahahahahahaha..
silap2, angin khatulistiwa melanda kita jgk..
kihkhihkhihkhhihkhihk~

kalau aku ada masalah, dia tmpat aku mgadu..
kalau ada gosip, dia tmpat aku bcerita..
kalau dia atau aku ada rahsia, masing2 ckp mcm ckp lam kelambu..
hahahaahhhahahahahaha.
kalau aku xde duit, pinjam rm5 dpt rm10..
haaaaa,ingat senang ke nk dpt member camtu???

member time senang, mmg mudah utk dicari..
tapi kawan waktu kita susah, mmg sukar untuk dicari..

aku bersyukur dapat kawan macam dia..
secantik dia.. (ok,aku jeles disitu ye...)
sebaik dia..
segalanya dia..

sekarang ni aku dah xde lagi nk ke situ..
dah xde apa lagi disitu..
kadang2 rindu jgk nk singgah..
tp akak baru tu mcm garang je..
takut plak nk tegur.. hehehehehe, peace ye kakak baru~
xpe, mula2 mmg xkenal..
lama2 nnti kakak baru dah kenal dgn adik dya.. (adik ko..kerlas gitu..muda lalu haaa..)
dah kenal nnti baru akak akan tau adik ni baik hati.. penyayang.. sopan santun..
wakakakkakakakka~ (sila jgn muntah dulu...)

kepada kak mashani samsuddin..
blog beliau : blog kak mashani yg chantek
terima kasih sebab sudi kawan baik kita slama nih..
segala masa yg awk luangkan..
segala senyuman yg awk lemparkan utk kita..
segala wasia kita..
segala muka bkerut2 dgn kita..
kita akan ingat smpai bila2..
awk tetap kawan kita..
kita harap awk xkn lupakan kita kalau awk dah ada kwn baru nnti..

tah bila kita dpt jumpa lg kan??
jaga diri ye kawan ku..

** tetiba nk nyanyi lagu "sebuah kisah klasik by Sheila on 7"



Sebuah Kisah Klasik

Jabat tangan ku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang, tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku
Kita terharu, seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah,
karna hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti,
sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah,
kar’na waktu ini akan kita banggakan,
di hari tua, wo~…

Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik, untuk masa depan

Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti, wo~…

Mungkin diriku, masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku, masih haus sanjungan kalian

p/s : rindu kamu.. 


Thursday, February 14, 2013

::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”