Wednesday, April 24, 2013

No subject!!!

Tkadang aku rasa aku kseorangan..
Sering kali aku rasa terpinggir..
Kerap kali aku rasa kesepian..

Walau aku gembira..
Hilaian tawa yg tkesan dmuka ku..
Bagaikan aku gembira..

Sdgkn..
Mereka xtahu hati aku..
Hati yg sedang bperang dgn perasaan..
Perasaan yg jauh disudut hati aku..

Dsitu lah letaknya perasaan sunyi..
Disitu juga letaknnya perasaan sedih..
Dan juga terpinggir..

Aku perlukn seseorg..
Utk jd teman sedih..
Teman ketawa..
Teman suka..
Dan teman bduka..

Tp dmana harus aku cari??
Andai ia nya mudah ku temui..

Tp apakan daya..
Aku hanya mampu bdiam diri..
Pendam segalanya dhati..
Segalanya tpahat di memori..

Pujuk lah hati sendiri..
Btemankan sepi~

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 19, 2013

Renungan Bersama~



semua org perempuan nk cantik, update fashion..nak pkai baju lawa2.. make up lawa2..

TETAPI... 

suami itu lupa yg isterinya x blh nk cantik lelebih sbb

kekangan kewangan - apabila hampir semua gaji digunakan utk bantu rumahtangga sedangkan dia mampu utk tampil berfashion jika dia tidak mbantu suami menyelesaikan masalah kewangan dalam rumahtangga.. xsemua suami mampu, xsemua isteri kaya.. jd isteri bantu suami.. duit utk beli kasut / baju / make up / handbag dulu, sekarang digunakan utk beli brg2 rumah + bayar bil + blanja anak2.. 
betul?????

DAN 

kekangan masa - dgn anak2 yg demand mcm2 ie, menangis utk dibelai, sanggup ke seorg ibu biarkan anaknya menangis berjam2 semata2 nk mengadap cermin sbb nk melawa? nk pakai tudung berlapis2 dgn bermcm colour, nk matching beg, kasut, baju, nk pakai contact lens nk buat mata mcm kpop, nk pakai bulu mata palsu.. pagi2 suami sedap tido, isteri bangun awal bkn sb nk pkai bulu mata palsu + makeup tp nk mandikan anak2.. sediakan bekal utk anak2.. packing baju utk anak2 utk hantar ke nursery.. dh settle smua bru leh kejutkan suami.. klau kejutkn awal2, takut mengamuk plak.. 

DAN

kekangan keadaan - klau isteri makeup, bfashion, bkasut tumit tinggi.. siapa nk bt keje2 berat?? dukung anak?? tolak stroller anak.. suami hisap rokok smbil jln bw beg anak2.. klau beli brg2, suami bw sikit, isteri pon akan bawa juga.. pimpin anak2 lagi.. klau xpon, isteri balik je umah, tkejar2 nk amik anak2 kat umah nursery.. suami balik lewat sikit, lepak mamak mnum teh dgn member, smpai umah, dah tau isteri dah siap masak.. isteri plak, smpai je umah, isteri buka tdung, uruskan anak, pastu masak plak.. tu klau anak meragam lak camne???? basuh baju, sidai baju, sapu umah... huh~

JADI

suami patut bersyukur jika isteri dah bnyk menolong anda.. xkira dr segi kewangan atau rumahtangga.. apa salahnya jika malam2, urutkan bahu isteri.. picit2kn kaki dia.. klau dah tau kita xmampu nk mnolong dia, ringankan beban dia, walaupon hanya melayan kerenah anak2.. berikan masa untuk isteri anda untuk berehat.. sb isteri anda bukan robot~ isteri sekarang juga bukan seperti isteri pd zaman dahulu.. 

HARGAI PENGORBANAN MEREKA.. RINGANKAN BEBAN + PENAT MEREKA~
FIKIR2KAN..

Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia????

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah  berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya  pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan  dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan  setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka  juga tidak menentu. 

Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari  keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat  badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu  mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan  bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih  banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan  yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar  memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di  rumah”.


Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan  menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding  wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan  terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan  lebih minat memasak setelah berumah tangga.Mereka didapati akan mula  gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula  tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan  alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.


Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami  memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah  tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat  mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan  peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak  dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut  mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.


Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang  bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua  dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus  cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat  menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah  tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92%  lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh  perkahwinan.



Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian  berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar  penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.  Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi  beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut  kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih  mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup  berbeza. 97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti  seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak  terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila  si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian  datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan  anda.


Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa  paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan  kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya  meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan  ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.  Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik  sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan  suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti  boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang  tempoh perkahwinan.


Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus  diterima sejak azali lagi.Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77%  wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan  terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang  mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan  dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi  mereka itulah kekuatan seorang perempuan.


Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas  berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir  masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan  perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka  buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.


Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih  mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks  tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang  pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula  akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku  kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda  ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama  pasangan.


Berlainan dengan wanita. Bagaimana pulak wanita yg boroi.. Wanita yang  sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan  punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan  berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak  protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani  yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan  zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani  suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah  berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung  mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.


Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami  masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa  minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian  berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika  wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan  lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan  air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam  dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan  menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria  dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang  menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu  tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.


Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut  buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti  yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda,  walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat.  Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak  buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula  dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

sumber : http://mforum.cari.com.my

Wednesday, April 03, 2013

Parlimen Telah Dibubarkan!!!

member : dya, fail ni sulit ke am?? 
aku : sulit.. "hijau".. ehhh, putih lah.. silap2, fail "hijau"..


member : dya, nk kertas minit sikit..
aku : kertas minit yg kaler putih jalur "biru" tu kan??
member : haah..

mood nk pilihanraya lah katakan.. wohaaaaaa~


selamat mengundi kawan2~

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Monday, April 01, 2013

Oh Bulan~

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang didalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang dimana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti

Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti~

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bangkit~

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.