Thursday, September 29, 2011

hai all's...

hai all's..
sorry dah lama sangat xupdate blog nih..
sebabnya tgh tumpukan mata ke arah diari.. nak akhir tahun ni kn.. banyak benda nk kena tgok balik..
emmmm~~

nk citer.. xmo citer...
better xpyh citer.. heheheheh~~
suspen x???

banyak bnda yang blaku dalam masa beberapa dekat nih..
dengan aktiviti tgolek aku aritu..
kihkhihkhihkhikh..
giler betul, akibat kpenatan sangat..
amik ko.. tgolek aku time balik keje..
lutut sampai aku rasa cam xbfungsi jer..
tapi alhamdullilah, kaki aku dah ok.. cuma xley bdiri lama2.. xley bgerak sangat..
jd lg sengal & sakit.. tah bila tah aku nk g urut kaki aku nih balik..


pengajarannya : klau anda jenis yg hyperaktif bila dluar, tolong jgn pkai kasut btumit.. bila anda mlalukan banyak pgerakan, kaki anda akan penat & boley tjadinya eksiden sebegini.. paham???
dan aku xmemakai lagi kasut btumit.. (serik weyyy...) bagi memudahkan aku bgerak khulu khilir, aku pakai kasut iniiiii

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
xlawa??? pedulik hape... 
asalkan aku selesa & xmerbahayakan diri...
ada paham????
(aku tpikir gak nk pkai sneaker je g opiz, tp ada org marah x rasanya???)

Wednesday, September 21, 2011

37 Fakta Menarik Mengenai Lelaki


  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Fakta : 70 Dosa-Dosa Besar

1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.Wanita yang menyerupai Lelaki
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Mengganggu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Mengurangi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
** yang berwarna tu, antara orang2 yg aku kerap jumpa.. ada jgk aku tgolong dlm kumpulan tuh~~ hehehe.. pintu taubat sentiasa terbuka untuk umat2 Nya yang ingin bertaubat.. sesama lah kita saling ingat mengingati..

Monday, September 19, 2011

penat ...

aku minta maaf banyak2 pd kwn2
kalau ada yg terasa hati
aku selalu marah2
aku selalu xde mood..

sebabnya..

cuma 1..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU PENAT!! PAHAM X??
.
.
.
.
.
.
.
.

banyak aktiviti nk hujung thn ni..
kerja..
kerja..
kerja..
kerja..
dan kerja..
.
.
.
harap paham yer~ aku mmg xde mood sgt2..
jadi JANGAN TAMBAHKAN PENAT AKU..

Thursday, September 15, 2011

Tiada Lagi ~~

 
Tiada Lagi..
 
Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

Saturday, September 10, 2011

Jika aku tiada ..

Jika aku tiada..
Mohon maafkan segala salah silap aku..
Halalkan segala apa yg aku makan dan minum..
Buanglah rasa sakit hati, sedih pada diri kamu kerana aku..

Jika aku tiada..
Tolong lah jaga dia.. Ibu bapa ku..
Tolong lah jaga adik2 aku..
Tolong lah jaga saudara mara aku..
Tolong lah jaga sahabat handai ku..
Tolong juga jaga diri mu..

Jika aku tiada..
Jangan tangisi pemergian ku..
Jangan kau kenang diri ku..
Jangan ingat kisah silam ku..
Jangan sebut kebaikan & keburukan ku..

Jika aku tiada..
Ingatlah..
Aku bertuah mengenali kamu..
Aku bertuah memiliki kamu..
Aku bertuah ada kenangan bersama kamu..
Berkongsi suka & duka..
Gelak ketawa & airmata..

Jika aku tiada..
Aku berharap cuma 1..
Doakan untuk aku..
Itu hadiah terbaik untuk ku..

Ikhlas : Cik Tart Comot / Dya

Friday, September 09, 2011

Hari Makan2 Sedunia..

Hari ni kami di seksyen perolehan mgadakan sesi mkn2 
atau lebih seronok dkatakan opiz terbuka..
wahhhhhhh.. opiz terbuka tuh.. bkn rumah je~~
antara menu yang kami sediakan adalah laksa, nasi ayam & spaghetti..

mmandangkan aku boleh dkategorikan pandai bt spaghetti.. (pandai ke???)
pandai lah jgk.. org yg bru blaja mmasak, better blaja masak spaghetti.. 
sebab mudah & ringkas..

target kami xramai, dalam 15 orang je pon sb kami bt kecil2an..
yg kami jmpot pon org yg baik dgn kami..
org yg xbrapa baik tu jgn kecik ati yer..
maaf sb kami ni tau sapa kawan sapa lawan..

 ni spaghetti buatan aku.. tupperware tu tupperware biskut aku kat umah.. 
pinjam kejap yer biskut..

 ni menu utk nasi ayam buatan kak ayu & kak yan & tembikai..

 ni laksa buatan kak tini..


 antara yang hadir..

mmg kenyang arini~~ kenyang sgt2..
 thanks all's..

Jangan bersedih ...

Pagi tadi aku ter "miss" nk masuk tazkirah bahagian..
yg bg tazkirah hari ni Cik Azlinda Binti Azis..
Tajuk dia mmg padan dgn aku : Jangan Bersedih ~~


antara yang ditaipkan :-

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang DIUJI, yang TELAH DIUJI & yang BELUM DIUJI...sedarilah bahawa jika anda hidup hanya dalam batasan hari ini sahaja, maka akan celaru
fikiran anda..akan kacau semua urusan dan akan semakin menanggung kesedihan dan kegundahan diri anda.

JANGAN BERSEDIH....Cintai Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan

JANGAN BERSEDIH....Redha dengan anugerah Allah membuatkan anda kaya di dunia

JANGAN BERSEDIH....Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

JANGAN BERSEDIH....Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan org lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

JANGAN BERSEDIH....Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari yang Maha Esa

JANGAN BERSEDIH....Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan

JANGAN BERSEDIH....Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat....JANGANLAH BERSEDIH...dunia ini terlalu hina untuk ditangisi...

Thursday, September 08, 2011

sedihnya cik hati...

hai cik hati..kenapa awk sedih nih??

hai cik mata..sy sedih bersebab..

sebab apa cik mata??

sebab banyak pkara sedih blaku dlm hdup tuan bdan ni..

cik hati xboley tolong tuan badan ke???

sy dah cuba tolong tuan badan ni supaya gembira.. tp dia gembira luaran je, tp cik hati ni slalu bsedih sendirian..

susah jgk ni.. tapi kenapa skrng ni cik hati sedih sangat?? sampai air pon kluar dr mata nih..kesian sy ni, bengkak pg2 sb menangis je.. cik hati xboley tolong???

cik hati sedih sb dr dulu tuan badan ni slalu je nasib xmyebelahi dia.. mcm2 dugaan dia lalui seorang diri.. cik hati pon xtahu smpai bila tuan badan ni nk bterusan mcm ni..

emmm, klau camtu.. cik mata pon xbley nk tlg dah.. biarkan je lah air mgalirkan cik mata ni.. klau lah airmata tuh boley menenangkan tuan badan, cik mata rela.. asalkan tuan badan xbsedih lg.. cik mata percaya, tuan badan boleh bangkit semula dari jatuh..
cik hati, tuan badan dah mkn ke belom???

td tuan badan dah makan spaghetti.. bl dia sedih, dia mesti mmasak.. sedap~~ btuah cik mulot,cik tekak, cik lidah dpt rasa... kita hanya boleh tgk je~~

xpe lah cik hati.. mata melihat hati tu kn merasa..

sayang tuan badan.. harap tuan badan happy slps ni ye.. apa yg blaku biarkan je blalu.. tuan badan kan kuat.. jgn bsedih lg yer...
kami tetap dsini menemani tuan bdan..

............................

tiada apa..
tiada apa lagi untuk aku katakan..
untuk aku tangisi..
untuk aku ratapkan lagi..

biarkan..
biarkan ia nya pergi..
pergi untuk selamanya..
pergi & xkn mungkin kembali..

hati ini..
biarkan ia hancur..
sehancur kaca yang bderai jatuh kbumi..
dibiarkan sepi tanpa siapa peduli..

andai itu..
semuanya telah tertulis..
semuanya dterima dengan redha..
biarkan lah ia terus blalu..
meninggalkan diri seorang diri..

jangan kau sakiti aku lagi..
jangan kau hancurkan hati ku lagi..
biarkan aku mjaga hatiku sndiri.
biarkan aku membawa diri ku sendiri..

andai kau tahu hancurnya hati ini..
kau akan rasa sakitnya macam mana..
mungkin juga kau akan menangis sepertinya..

harapan dan impian..
mula hancur & berlalu pergi
pergi meninggalkan aku seorang diri..
terpinga2 mencari jawapan..
menanti harapan itu kembali semula..

tapi apakan daya..
ia tetap hilang..
lenyap dari pandangan mata..
sehingga hilang jejaknya..

kini..
aku nekad..
aku takkan menangis lagi..
aku takkan biarkan hati ku dsakiti lagi..

mungkin juga aku takkan bukakan pintu hatiku lg..
sehingga esok, lusa mungkin 1 purnama..
mungkin juga tidak sampai bila2..



Monday, September 05, 2011

Perginya Seorang Pejuang Kemanusiaan..

Al-Fatihah buat Arwah Noramfaizul Bin Mohd Nor

Serba sedikit maklumat tentang Arwah Noramfaizul.
Noramfaizul Mohd Nor (lahir 14 November 1971) merupakan seorang jurukamera Bernama TV (39), maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.

Noramfailzul pernah bekerja dengan Filem Negara , 13 tahun dahulu. Pada 2 Mac 1997, beliau nyaris terbunuh ketika mengambil gambar dari udara (aerial shot) tentang lumba basikal antarabangsa Le Tour de Langkawi 1997. Pada saat akhir, beliau tidak jadi menaiki Cessna 172 milik Mofaz Air, terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, pulau Langkawi. Seorang juruterbang dan dua juru kamera terbunuh. Selepas peristiwa itu, Noramfaizul bertukar ke syarikat MetroVision. 
Ekoran syarikat itu ditutup, beliau menyertai Bernama TV pada 2002.

Pada mulanya aku just mdgr berita ni.. Aku diamkan saja..
Tapi bila along aku bgtau yg arwah ni dulu sama tmpat keje dgn ayah aku..
 ye.. dulu arwah rapat dengan ayah..
teringat lagi zaman 90-an dulu time ayah keje kat IPTAR, RTM..
jawatan dia Pembantu Am Pejabat time tuh..
selalu ada je dgn ayah kmana pon time keje..
time buat family day IPTAR..
aku, angah suka tengok dia sb dia hensem..
baik pon baik..
time tuh dia xkawin lg..
aku pon time tuh skolah rendah lg..
emmmm.. sedey sgt~~ rupanya org yg kenal..
semoga roh arwah dtempatkan dikalangan org2 yg beriman..
semoga dia tenang dsana.. insyaAllah..
Al-Fatihah...

bila orang sound orang pk diri sndiri bgus sangat..

kita mulakan sesi bgelak sakan arini dengan citer yg buat aku tsengih dari awal raya lagi..

ceritanya bmula apabila seorang jantan yg cintanya telah ditolak serta dibahagi..
setelah itu si jantan mula buat sedih..
dan kemudian si jantan mula mencari cinta yg len..
yg dicari hari dkenali cuma shari..
berjanji utk berkahwin & shdup smati..
WHAT THE FUCK~~ so mgarut.. tapi kenyataan..

pd mulanya aku bniat mdiamkan diri..
tapi bila si jantan mula mjual citer aku pd org..
kata aku ni mcm2..
jd xsalah aku jual citer korang lak yer..
(aku minat.. org bt aku,aku bt org balik..)

si jantan & si betina yg cun & bajet hot..

 ** siyes aku jeles dgn awek ko yg hot sangat nih..

baru kenal aku xsmpai sminggu, dah ajak couple..
pastu ada hati suh aku tinggalkan org yg lagi lama kenal & bnyk bkorban utk aku..
alih2, leh lak cari terus betina len yg lg "hot", stok "hot chick" dari aku lak tuh..
huhhhh, aku jeles.. siyes aku "JELES"..
wakakkaakakakaka..
(aku gelak goleng2 dr dpn pintu umah smpai dapur..)
terasa cam nk hantuk kpala je..

dan yang paling aku rasa sadis sangat bila si betina sound aku..
walaupon bkn dgn cara direct tp aku tau ia dtujukan pd aku sb aku sound jantan dia..
ngehnegehenegehe...
(padan muka aku & muka ko...)


** kelaskan dia sound aku??? org bajet hot mmg lah suka sound2 check aku.. sb aku xhot cam dia org.. (wakakakakkakaa, sumpah aku sengih2 lg ni..)

aku nak balas balik status ko tu ley x???
alahhhhh, boleh lah...

**haaaaaaaaa.. khas utk ko~~ wakakakakakkaa.. 
mak aku pesan.. klau org dah bg, kita kena balas..
"selamat hari raya aidilfitri"

kpd "hot chicks" tu.. meh sini aku nk pesan..
utk pgetahuan ko & aku rasa ko pun tau si jantan tu camne kn??
ko dah selongkar fb dia kn??
ko dah bc apa dia msg kwn2 aku, tanya psl aku kn..
ko pon dah tau dia yg thegeh2 nk kat pompuan yg xhot cam aku ni..
(aku ketawa tutup mulot...)
sekarang ni..
ibarat ko dah kuar mulut singa,msuk mulut boya..
sminggu kenal trus ajak kawin..
dgn bongkak lak tu canang citer ko dgn dia nk brumahtangga..
adehhhhh..
moga2 jd kenyataan lah yer mimpi ko tuh..
utk org cam dia, mmg xkn kmana..
bkn aku sorang je bckp..
sepupu sepapat dia pon ckp pkara yg sama..
tunggu lah situ & mharap yer..
aku doakan kbahagiaan korang bdua..
"mmg padan..."

alamak, bos aku dah panggil lah.... ariosssssss...

Friday, September 02, 2011

Tips : Bila Seorang Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. 
 
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya keraan perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmataanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA..

Info : 20 Perkara Wanita Tidak Suka Pada Lelaki

** aaron aziz cenyum gitu.. sejuk ketiak tgk haaaaa...

Banyak faktor yang menyebabkan wanita tidak suka akan perangai sesetengah lelaki. Di sini ada 20 perkara yang membuatkan kaum wanita tidak suka kepada kaum lelaki. Renung-renungkan dan selamat beramal!

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.

Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.

Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.

Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.

Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?

Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.

Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.

Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.

Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka 
lelaki sejati dan ada elemen HERO.

Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Tips : Perkara Lelaki dan Perempuan Perlu Tahu Tentang PAsangan Mereka

 
Untuk memastikan segalanya baik antara hubungan satu pasangan, adalah penting jika lelaki dan wanita lebih memahami tentang sesama sendiri. Kadang-kadang sifat tersebut memang terdapat pada seseorang tanpa dinafikan. Itu adalah keistimewaan seseorang dan pasangan mereka perlu memahami dan sentiasa cuba menerima dengan hati yang terbuka. 
 
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup denganbudi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu merekasuka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
 Kredit to : http://akustressgiler.blogspot.com/