Thursday, October 27, 2011

ermmmm... ??????







** penilaian tahap kualiti kerja aku.. hehehehehheehehe~~ 

- 5.00 Pegawai mempunyai kompetensi yang cemerlang dan boleh menjadi sumber rujukan kepada pegawai lain??????????? kihkhihkhihkhihkhihkhihkh...

Monday, October 24, 2011

muzik..

Rasanya dh lama aku xupdate blog..
Aku agak bz dgn keje hakiki dan keje tmbahan dan juga keje yang sia2..
Dh lama aku pk kn pasal ni..

Muzik??
Apa kaitan muzik dgn aku??
Aku peminat muzik?? Yup..
Aku bermain muzik?? Ishhh gila betul..
Aku anti muzik?? Idak ler..

Dunia muzik bmula bila aku bkenalan dgn dia..
Dulu aku cuma dgr lagu, upload lagu, mnyanyi takat dbilik air,nyanyi lam ati boley lah..
Tapi lama kelamaan,bl aku jmpa dia,aku bru tau hdup pmuzik..

Xsemua org ley bjaya dgn muzik..
Xsemua org akan jatuh krn muzik..
Ada jgk yg jd pmuzik yg bjaya..

Dl aku rs muzik ni kategori "memekak" je..
Tapi baru aku sedar,muzik ni salah satu cara nak ilangkn stress..
Tkdg org ley tau mood aku camne..
Hanya dgr lagu apa yg aku dgr waktu tu..

Klau lagu jiwang2 ni,time aku sedey..
Klau lagu agak keras,aku tgh tension..
Klau lagu2 baru,tu maknanya aku ikuti predaran lagu di Malaysia ni..

Ternyata,aku kini seronok jd org yg dkat dgn muzik..
Mendengar muzik yg bingit (mcm skrng ni) mmbuatkan aku rs,ilang tension aku..
Walaupon xley ilangkn ngantok aku,ilangkn stress itu dh bbaloi..
Hehehehehehehe..

Aku akui,dunia muzik bkn dunia aku..
Jadi aku biarkan dia dgn dunia muzik dia..
Aku seronok, dia jg seronok..
Walaupon kerap kali dia bcerita tentang muzik,aku bt mcm bminat..
Takat nyanyi,aku boley lah..
Tapi bkn jadi seperti dia..

Dunia aku???? Aku masih lg mencari..

Wednesday, October 19, 2011

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

 
Untuk Peringatan
♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg ki...ta dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Saturday, October 15, 2011

PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ...
ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Friday, October 14, 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis..


satukan kedua tangan anda ...dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1. cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2. tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4. selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

= ) ................ = ( .................

 
Benar kata SPRING - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA

namun seperti kata STINGS - ADAKAH KAU SETIA?

walhal diriku x ubah seperti RAHMAT - HANYA SEGENGGAM SETIA

sekiranya kita seperti SCREEN - KITA DITAKDIRKAN BERPISAH

ku hanya seperti ILUSI - SEGALANYA KU TERIMA

... walau hati ini seperti ARROW - NIAT HATI X NK BERPISAH

akanku turuti KAPILLA - MERINDU TANPA KATA

ketika itu diriku seperti SCOIN - KU MENANGIS KEHILANGAN MU

akan ku ajukan permintaan EYE - IZINKAN SELAMANYA NAMAMU DI HATI

& diriku hanyalah seperti OKAY - KU RELAKAN DIKAU PERGI.....

Wednesday, October 12, 2011

diingatkan kepada mereka yang tak pernah puas hati mencari kesempurnaan pada pasangan

Pada suatu hari di sekolah, ada seorang murid bertanya pada gurunya ... pada masa itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.

Murid: Cikgu, macam mana kita nak memilih seseorang yang terbaik untuk kita sayangi? dan macam mana pula kasih sayang itu hendak berkekalan?

Cikgu: Ok, sekarang kamu ikut apa yang cikgu suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang, walau sekali, dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput berada di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masih saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang banyak rumput yang cantik tapi cikgu suruh ambik yang paling cantik. maka saya terus berjalan kehadapan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang. tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpapun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap jangan menoleh kebelakang semula. jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: Ya, itu lah jawapannya...
MAKNANYA apabila kita telah bejumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang lalu tidak berulang kembali dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan lebih baik seperti rumput tadi.

Tuesday, October 11, 2011

MAKLUMAN MENGENAI TINDAKAN KPDNKK BAGI MENGEKANG KENAIKAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN

MAKLUMAN MENGENAI TINDAKAN KPDNKK BAGI MENGEKANG KENAIKAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN

 Sebagaimana Y.Bhg. Datuk sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Namun, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam dijangka akan mencetuskan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh golongan peniaga yang tidak beretika.


Sebagai tindakan proaktif, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menubuhkan pasukan petugas khas (Task force) untuk memantau trend harga dan bekalan di pasaran, di samping mengadakan sesi rundingan dengan pihak industri terutamanya makanan serta  bekerjasama dengan pihak NGO dan rakan pengguna dalam usaha menangani isu kenaikan harga dan pengambilan keuntungan yang melampau dalam setiap peringkat rantaian perniagaan. Pengguna juga boleh membuat aduan berhubung isu kenaikan harga ini dengan menghubungi talian aduan KPDNKK di talian 1-800-886-800 atau layari laman web kami www.kpdnkk.gov.my .

Monday, October 10, 2011

Pasakan Diri Ke Bumi..

Pasakkan kaki mu ke bumi
Sedar lah dari mimpi
Bangun lah jasad yang terbujur kaku
Bangun mengadap kehadapan
Bukan lagi kebelakang
Jangan terus dibuai mimpi lena mu...


Pasakkan kaki mu ke bumi
Bukakan lah mata mu
Buka seluas-luasnya
Apa yang nyata ada di depan
Rasai lah
Semuanya adalah kenyataan..


Pasakkan kaki mu ke bumi
Kau masih lagi berpijak
Hati masih berdegup
Kaki terasa berbahang
Tangan berpeluh tanpa arahan
Terbangunkah diri mu dari jasad mu..


Teruskan berpasak dibumi
Di bumi yang nyata
Semua nya kenyataan
Hadapi dan redha semuanya
Kerana ini ketentuan Dia
Dia pencipta segalanya.......

BAJET 2012 : Yang Menarik, Tertarik Deboommmm~~

ADA LEBIH 100 TOUCH POINTS BELANJAWAN 2012
“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL": 
"BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Antara yang menarik adalah :-

 Untuk institusi pendidikan :- 
pemansuhan bayaran tambahan (mmg menarik..xperlu lg bayar), bantuan persekolahan (mmg menarik.. wlaupon sikit tp bbaloi jika dpt mgurangkan bebanan ibubapa..) 

Kesimpulan : 
walaupon ada yang membantu tapi terkdg pihak sekolah ni ada jgk yg gatal tgn g charge benda len lak.. charge utk aktiviti skolah ler, kelab lah, majalah sekolah lah.. jadi, sama je~~

Untuk perkhidmatan awam :- 
kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bdasarkan gred anda :-
GRED 01-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220 
GRED 52-54 = RM260 
GRED JUSA A,B,C = RM320

pelanjutan umur saraan kpd 60thn... (seksa nk tggu 60thn tuh rasanya.. aku tetap pilih 58thn je.. ckup lah.. malas nk keje lama2..) Bonus tambahan stgh bulan gaji atau minimum rm500 (trima kasih.. dpt lg duit.. yeay2~~ dpt bulan disember ni nnti..)
Kesimpulan :- 
memang best walaupon xterasa sangat kenaikan gaji nya.. Alhamdullilah~~

 Untuk Pesara Kerajaan & Bekas Pegawai Kontrak :-
..................................
Kesimpulan :-
No Komen.... heheheheheh~~ sb dlm family aku xde yg tgolong lam ini kategori..

 Meredakan Inflasi & Mengimarah Kehidupan Rakyat :-
No.44 tu ketua rumah kena daftar bawah LHDN, kerana mereka sebagai pelaksana program nih.. Penerusan subsidi bil elektrik (mmg tiap2 bulan umah aku xpyh byr bil elektrik.. sb bwh rm20~~ heheheheheh.. pgguna bhemah nih... clap you're hand...)

Kesimpulan :-
banyak gak yang memberi manfaat.. alhamdullilah~~

 Untuk Program Perumahan Rakyat :-
hehehhehe.. had maksimum harga rumah mmg memuaskan hati.. skim PR1MA, bagus lah diluaskan ke luar lembah kelang lak sb skrng ni cuma ada di Putrajaya je.. PPR??? bagus makin btambh sb kat malaysia exp KL, Putrajaya, Selangor, makin bertambah pduduknya..

Kesimpulan :-
mmg seronok.. insyaAllah permohonan aku untuk skim PR1MA di pilih.. boleh lah aku memiliki rumah sendiri...

 Untuk menghargai jasa warga emas :-
memang bagus sesangat2... 

Kesimpulan :-
kalau aku tua nnti, insyaAllah ada lg atau mungkin lebey lagi kebajikan warga emas dijaga.. xde lah dia org tseksa, apatah lg org yg susah..

 Untuk Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti :-
mmg elok sgt lah.. sb skrng ni dah bnyk manusia kat bumi nih, apatah lg malaysia.. hospital putrajaya pon setiap ari sesak..

Kesimpulan :-
bagus lah.. tp kenapa xde HUKM??? aku xmo bsalin kat Hospital Putrajaya apatah lg HKL.. seram wey bila teringatkan pegalaman kwn2 yg penah duk kat wad hospital tuh..

notakakisaiz6 :- pembentangan belanjawan 2012, antara 10 bintang, i bagi 7 bintang je.. sesiapa nk salinan softcopy ucapan pembentangan bajet 2012, sila emailkan maklumat anda kepada sy ok..


AMALAN TERBAIK DALAM MEMASTIKAN TUNTUTAN PERJALANAN (T&T) DISIAPKAN ON TIME SEBELUM 10 HARIBULAN

AMALAN TERBAIK DALAM MEMASTIKAN TUNTUTAN PERJALANAN (T&T)  DISIAPKAN ON TIME SEBELUM 10 HARIBULAN


Memastikan Borang T&T Dihantar Sebelum 10hb?

Untuk memastikan anda dapat menghantar borang T&T sebelum 10hb, anda perlu membuat perancangan harian dan mengisi dalam borang tuntutan apa-apa yang layak setiap hari. Memberi masa secukupnya kepada ketua anda untuk meneliti dan mengesahkan tuntutan tersebut sebelum dihantar kepada Bahagian Kewangan sebelum 10hb. Mengambil kira hari bekerja, borang T&T anda perlu disiapkan dalam tempoh tidak lewat tujuh hari bekerja termasuk mendapat pengesahan ketua masing-masing.

Jangan Amalkan Menggumpul Semua Fakta-Fakta Tuntutan Pada Akhir Bulan?

Ada perlu membuat catatan perjalanan harian dan tulis dalam buku catatan atau di isi dalam draf borang tuntutan setiap hari, luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam sebelum balik atau keesokan harinya. Ini dapat memastikan anda membuat tuntutan yang betul dan mengelakkan anda tertinggal atau tersalah dalam membuat tuntutan. Mengumpul-gumpul pada dihujung bulan tuntutan akan menjurus kepada kelewatan menghantar borang T&T selepas 10hb.

Mengisi Borang T&T Dengan Lengkap

Mengisi borang T&T adalah mudah, semua maklumat mesti lengkap dan jelas dengan segala keterangan perjalanan dengan menyertakan bukti-bukti menyokong permohonan tuntutan anda seperti surat  bertugas rasmi dan resit-resit, jika berkaitan.

Alasan Lewat Hantar Borang T&T

Alasan lewat menghantar kerana kesibukan tugas adalah alasan yang paling lemah dan tidak boleh diterima sebagai bukti untuk dipertimbangkan.
 
Sistem T&T On-line

Sistem T&T online telah dikenalpasti untuk dibangunkan di KPT bersama UPSI berdasarkan kejayaan mereka. Sistem ini memberi akses kepada semua untuk membuat tuntutan dimana sahaja yang ada akses kepada internet.

PANDUAN

ELAKKAN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN DITOLAK KERANA ALASAN KESIBUKAN TUGAS

PERUNTUKAN MASA SETENGAH JAM SETIAP HARI UNTUK MENULIS TUNTUTAN PERJALANAN ANDA

ELAKKAN HANYA PADA HUJUNG BULAN MENGUMPUL  DAN MENGISI SEMUA TUNTUTAN PERJALANAN ANDA

RANCANGLAH TUNTUTAN PERJALANAN ANDA DAN KEMUKAKAN MENGIKUT TEMPOH MASA DITETAPKAN

notakakisaiz6 : apa kaitan ni semua dengan aku??? aku cuma peringatkan je sb ni keje bahagian aku.. kesian dia org kena wat keje banyak kali.. hehehehe~~

apa kaitan dengan korang??? sapa2 yg wat claim tu, sila lah patuhi yer.. tu pon klau rasa nak duit lah.. sapa2 yg xbuat claim tu, baca je.. angguk tanda paham~~

Friday, October 07, 2011

dia..

disaat aku jatuh..
dtimpa masalah..
ditimpa dugaan..
melalui hari2 yang sukar..

datang "DIA"..
"DIA" cuba menenangkan hati aku..
"DIA" cuba fahami aku..
ya.. "DIA" bukan lagi seperti dulu..

mungkin kami boleh bersama kembali???
xmungkin.. tp segalanya mungkin kan???



emmmmmm.. mungkin dunia aku ada dengan dia..
bukan dunia aku bersama mereka yg kecewakan aku..
emmmm~~ rindukan dia..
dan aku rasa, aku perlukan dia dsisi aku skrng ni..
aku perlu tmpat utk aku bsandar & mnangis..

Pembentangan Belanjawan 2012.. Rumah PR1MA ~~


hari ini 07 Oktober 2011 (Jumaat) bertempat di Parlimen Malaysia.. 
YAB PM negara akan membentangkan bajet 2012~~

apakah hadiah untuk rakyat???
apakah sumbangan kepada masyarakat???
apa yang dimansuhkan???
apa yang dibaharukan????
apa yang dinaikkan???
apa yang diturunkan????

aku tunggu apakah hadiah untuk penjawat awam..????
hehehehhehe.. insyaAllah, rezeki tahun ni lagi berganda dari tahun sbelum ini..


dan baru arini, aku daftar untuk Projek Perumahan Rakyat..

 dan syarat-syarat wajib permohonan seperti dibawah :-

mana lah tau ada rezeki aku, aku dapat beli rumah sendiri.. 
bestnya~~ xperlu pk lg dah nk beli umah.. dan ada aset sendiri..
insyaAllah aku dpt beli rumah tu..
hehehehehehhheh~~
doakan sama2 yer..

notakakisaiz6 :- jangan lupa petang ni dengar pembentangan bajet 2012 yer ~~

Thursday, October 06, 2011

pooodaaaahhhh...

Cinta bukanlah perasaan.
Cinta bukan pula harapan.
Cinta itu kesabaran.
Cinta itu memaafkan.
Cinta itu kekuatan bahkan cinta itu berkorban.
Cinta yang hakiki harus di lalui dengan berbagai ujian & cobaan yg mengantarkan~~


poooodaaaaahhhhh...
ayat mcm good2 jer..
pdhal masing2 cam SIAL!!!

aku memang panas hati mlm2 nih..
bila dgn aku, kmain lg nasihat bagai..
belakang aku, ko potong line aku yerrrrr...
memang bukan pompuan lah ko ni, tapi BETINA..

takat jantan camtu.. huh~~
ko amik lah.. xsemegah mana pon..
lg pon, aku tgk dari cara ko pon aku tau ko camne..
jenis kuat mgatal dgn jantan..
tu sb ko xnk tunjuk diri ko sapa..

jangan ingat aku xtau cerita ko dari org sekeliling..
bila bckp mmg kalah bangsa len..
pungpang je lebey.. tapi "KOSONG"...

takat dengan keje ko tu, xpayah nak blagak arrr...
xkmana pon dengan jawatan yang ko nak bangga2 kan tuh..

tunggu je, sikit hari lagi..
aku akan tunjuk semua kejahatan korang pada semua..
tunggu ok~~

notakakisaiz6 : aku benci dengan BETINA berlagak baik pdhal perangai macam gampang!!!

tidak perlu..

tidak perlu BONGKAK..
tidak perlu BERBANGGA DIRI..
tidak perlu MENINGGI DIRI..
tidak perlu MENYOMBONG..
tidak perlu BERCAKAP BESAR..

semua itu tidak perlu, engkau hanya perlu berpijak dibumi yang nyata..
engkau perlu ingat semua yang pernah engkau lalui dulu..
kau juga seperti aku..
tidak ada bezanya..

tapi..
jangan hanya kerana hari ini kau berdiri lebih tinggi dari aku..
kau nak berbangga diri..
menyombong, bercakap besar..
ingat, tidak selalunya hari cerah..
tidak selalunya engkau bdiri lebih tinggi dari aku..

mungkin satu hari nanti engkau akan terjatuh..
terjatuh terduduk..
mungkin juga menyembam ke bumi..
tidak siapa tahu..
nasib & takdir engkau dan juga aku..

ingat pesanan ku..
jangan terlalu asyik menari..
jangan terlalu asyik bergelak ketawa..
kerana mungkin satu hari nanti, engkau akan bersedih..
langkah tari akan terhenti sendiri..

aku hanya akan memerhati..
mengenang nasib diri..
melihat rentak hidup engkau..
ketawa sendirian..
emmmm...

menari lah selagi kamu boleh menari..

Tuesday, October 04, 2011

bila.... jika..

Bila :-
  • kamu mempunyai seorang teman baik, HARGAILAH DIA..
  • kamu mempunyai seorang isteri yang setia & baik, BEGITU JUGA LAH KAMU HENDAKNYA..
  • kamu mempunyai seorang ibu, SAYANGILAH DIA SEMENTARA DIA ADA..
  • kamu mempunyai seorang kekasih yang kamu sayangi, SAYANGILAH DIA..
  • kamu mempunyai tunang yang kamu tunaikan janji kamu, TUNAIKAN LAH JANJI DAN NIAT KAMU ITU..
  • kamu mempunyai adik perempuan sehidup bersama mu, JAGALAH DIA SEBAIK MENJAGA DIRI KAMU..
Jika :-
  • kamu kehilangan seorang teman baik, DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA..
  • kamu kehilangan seorang isteri yang setia & baik, JANGAN BERSEDIH KERANA DIA..
  • kamu kehilangan seorang ibu, KENANGLAH & DOAKAN SEMOGA MEREKA TENANG & DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORG YG BERIMAN DI SANA..
  • kamu kehilangan kekasih, carilah PENGANTI untuk menghilangkan duka mu..
  • kamu kehilangan tunang kamu, REDHA LAH HUBUNGAN KAMU TELAH BERAKHIR, MUNGKIN ITU YANG TERBAIK..
  • kamu kehilangan adik perempuan kamu, MUNGKIN DIA PERGI UNTUK HIDUP BERSAMA KELUARGANYA..
Tapi :-

kalau kamu pura-pura kehilangan kesemuanya, kamu memang gila!!
xreti nak bsyukur..

konon kata tiada ibu, sdg kan dia berada dikampung, mungkin juga dia xmampu lagi untuk menjaga diri nya.. tah brapa kali & tah bila kali terakhir kamu menjenguk ibu kamu??? dan sekarang dia dimana..
 KAMU DIMANA????

kononnya isteri telah meninggal atau ditinggalkan, sdgkan isteri kamu masih lagi bersama kamu bersama2 anak2 kamu yang masih kecil lagi.. kamu mmg gatal bwh sb nk cari betina lain untuk kamu geli2.. sudah lah~~ kesian isteri kamu.. ADA KAMU FIKIR????

kononnya dah putus dengan makwe, sebab makwe curang, ada org len, keluar dgn org len, makwe kamu mninggalkan kamu..
(mmg nk kena tepuk dahi laju2..)
sdgkan, balik dari dating dengan orang len, makwe kamu juga yang kamu cari bila kamu dah puas bskandal dgn org len.. cari makwe kamu bila ada masalah.. KAMU MEMANG XGUNA..

kononnya sudah putus tunang, sdgkan tunang tu hidup lagi & masih lg bsama2 kamu.. alasan kamu, nk test market dgn org len.. poooorraaahhh~~
tahukah kamu..
"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj (Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu).khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin. "Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri.

niat untuk menjadikan perempuan itu sebagai isteri.. Kalau rasa nk mgatal lagi, xpyh tunang ok~~ xbaik mhancurkan hati org.. termasuk hancurkan hati org yg kamu nk skandal tuh.. ada paham???? walau xscantik mana pon tunang kamu, percayalah pd jodoh.. semua itu dtentukan oleh Dia..

kesimpulannya :
BERSYUKUR LAH DENGAN APA YANG KAMU ADA SEBELUM TERLAMBAT.. DAN WAKTU ITU, TIDAK BERGUNA LAGI UNTUK KAMU MENYESALI LAGI.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERFIKIR..

notakakisaiz6 : aku xsuka orang yg reka2 citer psl diri sndiri berkaitan hubungan sebab nk bt citer sedih atau berniat hendak menipu org, pastu menipu sana sini, buruk2kan pasangan sendiri..
sapa terasa, harap maklum..~~

"PESANAN ORANG TENGAH BENGANG INI DIBAWA KHAS
UNTUK ANDA OLEH CIK DYA YANG TENGAH MENGOMEL SORANG2 NIH.."

Monday, October 03, 2011

Jika isteri menangis dihadapanmu….

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seoran
g isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya membawa sejuta PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
kenali dan hargai mereka sbelum terlambat agar mereka tahu
mereka adalah seorang ISTERI yang begitu berHARGA….
 
sumber : "muka buku member aku.."

gov ohhhh swasta...



.......................................................................................

"kakitangan awam diramal naik gaji lagi"

banyak jugak pihak yang bpuas hati mengharap kenaikan ini..
banyak jugak pihak yang TIDAK berpuas hati dengan kenaikan ini..

yang berpuas hati
mestilah KAKITANGAN KERAJAAN...
(cam aku nih.... heheheheeh)

yang TIDAK berpuas hati
mestilah ORANG YG BUKAN KEJE KERAJAAN..
(cam kamu kamu kamu.. hehehehe)

yang naik gumbira..
mestilah KAKITANGAN KERAJAAN...
(cam aku nih.... heheheheeh)

yang naik darah
mestilah ORANG YG BUKAN KEJE KERAJAAN..
(cam kamu kamu kamu.. hehehehe)

.........................................................................
bukan nak blagak ke apa..
orang banyak yg xpuas hati..
kata mcm2 kat org gov..
xpe.. aku xmarah pon..
tp yg aku marah..
bila orang kata, gov xbt keje..
gov mkn gaji buta...
gov itu... gov ini...

bnda simple je..
kenapa korang xmsuk gov????
sb rezeki kan???
xtau lah klau korang jenis mmilih..

kata gov gaji besar...
tuiiiiiii lah besar mana sangat lah gaji org cam kami..
kami bukan pegawai pon.. (ahakzzzz...)
mungkin u all's mrujuk pd pegawai kot..
yg tu mmg i xpuas hati..

sebabnya, keje pegawai bg kat kuli..
kuli yg buat keje & pastikn smua bjln dgn lancar..
(tetiba aku teringat, alamak... aku nk g hntr memo kat KSU jap..)
jap ehhhh..

dah.. penat aku~~
heheheheh.. walaupon nek lif tp penat jgk uhhhh..
aku kena tawaf jauh tuh...

bbalik kpd cerita kita..
org pk kami ni teruk sgt...
pnah xanda tpikir apa yg anda dpt slama ni dr mn??
anda duduk skrng ni dbwh pmerintahan siapa??
org keje swasta lg patot sonok sbenarnya..
sb korang gaji lg manyak..

aku tgk kwn2 dsekeliling aku yg keje swasta..
pergggghhh, xhingatnya gadget.. hp... laptop..
gaji bulan2 aku rasa rm1500 tu basic..
ada yg tu gaji smpai cecah rm3000 pon..
pdhal keje sempoi jer pon..
ada lak yg keje kilang, tp pkai ipad..
pkai iphone..
xbsyukur lg ke????

rezeki org jgn lah dpertikaikan..
kan masing2 ada rezeki masing2..
jadi bsyukur dgn apa yg ada ok..
jgn saling tidak bpuas hati & jiwa..

mlainkan anda TIDAK BEKERJA..
mmg patot anda jeles..
sb anda tidak merasa kenikmatan mkn gaji sndiri..
jd, carilah keje yer~~

bagi yg malas keje..
huh, xtau lah nk kata apa..
jgn ptikaikan kelebihan yg org dpt..
baik anda g cari keje, tu lg bgus..

ariossssss~~

selangor vs singapore...

pada 01 oktober 2011 dengan bsemangat wajanya, aku bgun awal pagi. Nak g tgk function org kawin kat senawang.. dah lah xtau jln, sesat tu bley arr.. lapar xhingatnya lak tuh..
sampai2 kat umah pengantin, tgk lah nuar, lea, rasheed, atan yg bsemangat men band dlm hujan.. dah lah kena tempias lak tuh.. ishhhhhh~~
ingatkan hujan kejap je, rupanya lg lebat..

adehhhhhhhh...
pastu aku pk nk lah mkn sb aku dah lapar sgt..
dan yg tkejutnya, catering tu dah start ngemas..
jam time tu kul 2 petang...
aikkkkk, kenduri kawin bkn biasanya smpai kul 4 ke.. xkn 2 jam je mkn kot.. yang tinggal time tu cuma ns putih dgn kuah dal jer.. 

mmg best~~ pastu dpt lah daging sikit.. aku mmg xmkn dah~~ putus mood.. terus aku ajak balik..
laparnya pasal, beli lah mcd kat nilai..
huh, kenyang gak perot aku...
balik umah, mandi, tukar baju..
then kuar balik...

g tengok bola..
"Piala Sultan Selangor 2011"
Selangor Lawan Singapore
(veteran & selection)

Seperti yang dijangka pasukan veteran Selangor mudah menewaskan pasukan Veteran Singapore. Gol awal diperolehi melalui tolakan cantik P.Maniam pada minit ke 8″.Dollah Salleh pula menambah derita Singapura dengan gol keduanya pada minit ke 12″... 

Tersentak dengan itu Singapura bangkit dan mendapat gol menerusi Abdullah Noor pada minit ke 17″...Tetapi dibabak akhir perlawanan Dollah Salleh membuktikan sentuhannya masih lagi berbisa apabila menambah koleksi 3 gol untuk Selangor... yeay~~

Bebalik kepada main match iaitu pilihan Selangor menentang pilihan Singapura,ternyata pada babak pertama permainan Singapura jelas menguasai perlawanan dengan melakukan beberapa cubaan cantik ke arah pintu gol Selangor.

Masuk pada separuh masa kedua,Selangor mula mendapat rentak,peluang terbaik yang diperolehi menerusi tolakan Amirul hadi kepada Safee Sali,tetapi Safee Sali gagal memaanfaatkan peluang tersebut.Dalam keghairahan Selangor memburu,penjaga gol Selangor telah melakukan kesilapan dimana gagal untuk menangkap bola dengan kemas,dalam pada masa yang sama Asarudin Putra pula tertampan bola tersebut seterusnya menghasilkan gol untuk Singapura pada minit ke 65... (mmg ************) sabar je lah aku~~
 
Stadium Shah Alam bergemuruh seketika apabila Amri Yahya menjaringkan gol pada minit ke 80″tetapi gol tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana dikatakan Amri Yahya menggunakan tangan. ( mmg cam hampeh...) Keputusan Selangor 0-1 Singapura kekal sehingga tamat perlawanan. 


Kemenangan ini membolehkan Singapura pulang bersama hadiah kemenangan RM50,000, pada ketika Selangor, yang turut membariskan dua pemain import bekas pemain Liverpool, Jason McAtee dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist sekadar meraih RM10,000.
(adehhhhh.. RM10,000~~ RM1,000 aku pon susah sangat nk dpt haaa...)

kseluruhannya : plawanan mmg best walaupon aku blah awal sb aku mgantok.. dtmbh lak parking dah sesak.. sib bek kete xkena block.. esknya, berita mgatakan stadium dpenuhi dengan 60,000 penonton.. ye, mmg betul... 60,000~~ ramai giler smpai penuh stadium tuh..

yang bestnya ada Amy Search.. nyanyi lagu fantasia bulan madu & isabella..
memang best~~ xsia2 aku pegi..

** sbelom balik posing dulu... ada aku kesah????