Thursday, April 21, 2011

9 jenis sihir...

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Wednesday, April 20, 2011

LEMAH @ LEMBUT??

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam, Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri yang dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita yang dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


************ ********* ********* ********* ********* *********


'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami.kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

marah itu baik !!

5 kaedah bagaimana kemarahan boleh menjadi satu perkara yang baik

 
Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa. Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan. Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:

 
1. Kemarahan sebagai pelindung

 
Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan. Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.
2. Kemarahan sebagai petanda

Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu. Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.

3. Kemarahan mengawal

Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas. Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.

4. Kemarahan sebagai suara

Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan. Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.

5. Kemarahan sebagai pengajaran

Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya. Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan. Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.

ciNta daN BaS

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, kita tengok bas tu dan kata pada diri,  "Eee… penuhnya… tak de tempat duduk." Jadi, kita katakan pada diri kita, "Saya akan tunggu bas yg lain." Kita pun biarkan bas tu berlalu dan kita tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Kita tengok bas tu dan kita akan cakap,

"Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ini kita kata,

"Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair- cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati "bas" itu tak sesuai dengan kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi…pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kita nanti-nanti kan), kita tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

cinta bersebab atau tiDaK??

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI. .
HAYATILAH

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri: Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang
lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu
abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata
Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi.. Namun
begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di
sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai
mu, sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan
ingatan aku mencintai mu,sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai
mu, sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintai mu. sekarang bolehkah
engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya,
seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
 
Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu ia
boleh dirasai dalam hati.

Menangislah kerana air mata itu Allah telah sediakan khas buat WANITA....

Menangislah kerana air mata itu Allah telah sediakan khas buat WANITA....     

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"                                       
                                                                                                                     
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.                                                               
                                                                                                                     
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.                                                                                 
                                                                                                                     
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"                                             
                                                                                                                     
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"                                                                                    
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.                                   
                                                                                                                     
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
                                                                                                                   
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"                                                                                                      
                                                                                                                     
Allah berfirman:                                                                                                     
                                                                                                                   
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
     
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "              
                                                                                   
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "      
                                                             
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat  menyakiti hatinya "         
                                                                                       
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " 
                                                                                         
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"                     
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan..Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan."                                                     
                                                                                                               
"Kau tahu:                                                                                                           
                                                                                                                     
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."  "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya " tempat dimana cinta itu ada."                                                                                     
               
kaum lelaki,   
supaya mereka sedar dan ingat akan 
kecantikan wanita mereka yang azali..  
bukan pada kecantikan luaran semata-mata 
Selami lah hati wanita mu... dan   
ingat lah..Setiap Wanita itu Cantik.    

Rahsia 5 Jari...

Rahsia 5 Jari...

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Muhasabah diri kita. Dimana anda sekarang dan bagaimana dengan amal yang akan dibawa untuk ditimbang di neraca Allah taala kelak di yaumul masyar..masyaAllah. .

Lawak Hilg Ngntuk..

Alahai Mak Cik......... .

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
 
" JANJI TAU..!!"..
 

================ 

Burung Spesel

 
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya....burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu. .burung itu pun berkata...
 
" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

================== 

mengandung anak gajah??????

 
Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang.
Ada seorang ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :

 
Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)
 
Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?
 
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?
 
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkej ut, lalu ketawa)
 
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)
 
Lelaki:????? ?????? 

============ =

Skandal Doktor
 
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia  merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa  bimbang."
Doktor tersebut
cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan  seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu
kan doktor haiwan"

Tentang lelaki & popuan..

KeCaNtikAn sEoRaNg LelAki……..
bUkAn kErAna pADa rUpA fiZiKaL
tEtApi pADa mUrNi rOhAni
 
LelAki yAnG cAnTik... .
aDaLaH LelAki yAnG mAmPu melahirkan airmata untuk ingatan
aDalaH LeLaki yAng sEdiA meNeRima tEgurAn
aDaLah LeLaKi YaNg mEmbeRi mAdu sEtelAh MeNeRima rAcUn
aDaLAh LeLAki yAnG tEnAng dAn LaPaNg DadA
aDaLah LeLaKi YaNg bAik sAnGka
aDaLaH LeLAki yAnG tAk pErNaH pUtuS Asa
 
kEcAntikAn LelaKi bErDiri Di atAs kEmuLiaAn hAti
seLuRuh kEcAntikAn yAnG adA PaDa MuHaMmAd yAng UmMi,
adALah kEcAntiKaN YaNg sEmpuRnA sEoRaNg LelaKi
 
kEgAGaHaN wAniTa……
bUkAn paDa pEjaL otOt bAdaN
tEtApi pada kEkuatAn pErasaAn
 
pEremPuaN yAng gAgaH....
aDalah pEreMpuAn yAng tAhan mEneRiMa sEbuAh kEhiLaNgaN
aDaLah PeRemPuan YaNg tiDaK tAkuT paDa kEmiSkiNan
adaLaH peReMpuAn yaNg TabAh mEnAnggUng kEriNduAn sEteLAh ditiNggaLkAn….
aDaL­aH pEreMpuAn yAng tiDak mEmiNta2 aGaR dipEnuHi sEgaLa kEingiNan
keGAgahaN pEreMpuAn beRdiRi Di AtaS teGuhnYa imAn,
sEluRuh KegAgaHan itU Ada pADa KhAdijaH yAng EhsAn
aDaLaH kegAgahaN sEmpuRnA baGi sEorAng peReMpuAn…

Ciri-ciri isteri pilihan..

suatu hati di Kampung Pandan, Kuala
Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung
lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu
pun bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk
menjadi bakal menantunya,
dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya.Lalu
memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut
yang mana-mana dia berkenan... 

CALON PERTAMA:
ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal
mayang,pipi gebu,BUKIT besar.....
Pekerjaan : Operator telefon merangkap
receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Siibu
bertanya mengapa
dia menolak, lalu sianaknya pon berkata:
"Ala Mak...nih tak syiioookkkk....dia nih
selalu cakap
"SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"

CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat
dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice
Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak
syyiiiooookkkk...asyik-asyik
"HARAP BERSABAR...BERSABAR"

Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon
yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak
lelakinya...
lalu dia pon menjemput calon terakhir....

CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet
sikit, badan 99.99999%
bergetah, BUKITnya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si
anak lelaki ini bersetuju
untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon
pening kepala lalu bertanya
kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon
ini.Lalu anaknya pun memberitahu... "Hah! mak nih la syyiookkk sikit...kalau cikgu best
sikit..pasal diaselalu cakap

"ULANG SEKALI
LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH
NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI,
TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH..."


Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur
10 tahun menyampuk plak... "Bang!!!.....Konduktor bas
mini lagi bagus bang....
Diorang selalu cakap....
 
"NAIK CEPAT,NAIK
CEPAT...MASUK,MASUK..... MASUK LAGI, DALAM LAGI...DALAM
LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG....BELAKANG LAGI,LAGI
BELAKANG SANA ...BELAKANG BANYAK KOSONG!...........

Tuesday, April 19, 2011

today is selasa..

hai incek blog.. rasanya dah lama aku xjenguk ko kn??? sorry lah awok bz sgt wat masa nih.. dgn nk g kursus bulan 5 nnti lg, uruskan soal hdup lg, harap incek blok paham yer.. 

emmmmm.. bnyk bnda aku nk tulis lam nih, tp cam maleh jer.. alang2 mnunggu lg 30 minit sbelum balik, xpe lah, aku jenguk lah kejap blog aku..

keadaan tempat keje?? emmmm..
amat mbanggakan bila dah 2 minggu aku keje full.. "TANPA CUTI"
wkakakakakaka.. hebatkan???
susah tuh nk rajinkan diri g keje..
keje mlambak tu salah satu sebab aku keje full..
lega rasanya bila keje smua dah settle..
tapi yg mdukacitakan bila kena wat keje bnyk kali..
sib baik senang.. klau susah, xtahu lah..
mau pengsan aku kat situ jgk..

rumah??? emmm....
keadaan rumah undercontrol..
cuma biasalah pmasalahan selalu berlaku..
yg mmaksa aku utk lebih bnyk bfikir dr biasa..
xpe2.. asalkan otak aku xjem cukup lah~~

kawan2??? emmm...
mcm2 blaku & kerenah kawan2 nih..
ada yg mbuat aku tsenyum..
ada yg mbuat aku sakit hati...
ada yg buat aku myampah..
sabar je lah~~

awal Mei nanti, aku g kursus, jadi urusetia..
emmm, tah ler best atau boring kita sama2 lah tggu hasilnya k..
arini keje dah settle, arini dok umah along kat putrajaya..
ayah g kerja luar kat alor star, kedah...

xperia??? aku rindu sgt dgn incek xperia aku..
harap sgt dpt bjumpa dgn dia scepat yg mgkn..
insyaAllah rezeki aku murah bulan nih, aku nk g amik dia balik..
aku rindu sgt dkat dia..
rindu sgt2~~
pulanglah kembali ke tempat asal mu..
aku sentiasa mnunggu mu disini...

Wednesday, April 13, 2011

13 langkah ilangkan tekanan..

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1
 
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2
 
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3
 
wa..wa..aaa

LANGKAH 4
 
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5
 
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6
 
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7
 
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8
 
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9
 
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10
 
Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11
 
pusingkan kepala…

LANGKAH 12
 
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13
 
Akhir sekali lakukan joget kucing…

~~ selamat mcuba...
p/s : kalau xilang gak tekanan, xtahu lah nk suh watpe lg.. lantak kowang arr..