Monday, August 29, 2011

Kad Raya Digital... Kelas ko maria~~

 ini kad raya from d'oryza..
untuk join group nih, sila ke link : http://www.facebook.com/#!/groups/171093689583191/

 ini kad raya aku buat utk Kelab Anak Jati Kuala Lumpur..
kelas kan?????
untuk join Kelab ini kat fb sila ke link : http://www.facebook.com/#!/groups/kelabanakjatiKL/

ngehngehenegehe..
ko hado???? xdo kn??? buat lah.. lom tlambat lg..
buat yg sesimple jer..
semangat raya beb..

"SELAMAT HARI RAYA"
MAAF ZAHIR BATIN
MOHON AMPUN DAN BJUTA KMAAFAN JIKA ADA BUAT SALAH..
AKU PON MAAFKAN SETIAP SALAH KORANG..
DENGAN ORG TU JE AKU XMAAFKN DUNIA AKHIRAT..
ALSO TAKKAN HALALKAN SEMUANYA..
SIAPA DIA????
SESAMA LAH KITA PK KN..

** aku rasa cam nk wat contest lak utk soalan kat atas nih.. menarik nih~~ argghhh, malas lah.. semoga doa org2 teraniaya akan termakbul oleh Allah swt.. apa yg dia buat kat aku, aku redha.. tp tunggu pbalasan nya.. sebab luka yg kau bg, shingga kini ia berdarah kembali.. 
"BUKAN INCEK WALI OK..KANG ADA LAK YG ANTO KOMEN MENCARUT SORANG2 KAT KOMEN AKU NIH.. SADAP U.."

Semangat Raya..

Semangat raya????

ye, aku bsemangat nak raya sb leh cuti..
leh happy2 slepas bpuasa..
leh bkumpul 1 family..

aku rindukan adik beradik aku..
sbelum aku balik putrajaya last week, sempat lah aku lepaskn gian main bunga api with incek ubin.. hehehehehehee.. mmg happy sb dah lama xmen bunga api..
kat area umah aku skrng ni, asyik men mercun je..
tkezut mak tau.. bgegar 1 apartment klau dia org ni men mercun..


encik ubin yg bsemangat men bunga api.. aku nak gak lompat2 cam dia, tp segan sb dpan umah mak aku ni ada petronas.. hehehehehe.. jgn korang kata aku cam budak2 ek, kalau korang dpt bunga api pon lebih kurang je camtu gak lagaknya.. tah2 lg over dari aku kot.. hehehehe..


 hehehehhe.. hasil keje aku..
sib baik pas aku buat bnda nih..
aku  balik umah aku terus..
kalau mak aku nmpk apa yg aku buat ni, kompom dia mengamuk..
heheheheheh, sorry ye buu..

so, aktiviti ari yg indah ni.. (ayat pujuk ati..)
ini lah keje aku..
ye.. fail2 ni smua aku kena bakar..
wwkakakakakakaakak..
btuah klau leh bakar..
ni smua fail aku nk kena uruskan..



haaaaaa, bawah meja ada lagi...
ni stok stahun nya keje kot..
hehehehehehhe~~ xpe, aktiviti waktu xde org..
kak yan kata kalau aku leh settlekn smua ni sbelum isnin dpn..
dia nk banje makan tengahari..
"kak yan, smua itu adalah mustahil"
sebab arini aku nk half day..
jumaat kompom aku xde mood nya..
ngehenegehenegehe..
xpe, aku mgalah awal2 sb mmg mustahil nk habis kn smua nih..

** dah... g wat keje tuh.. ngadap blog jer.. (baling mercun bola kat kaki korang.. larrrriiiii~~)

Last Day mereka2 Kat Opiz Sbelum Cuti Laya..

haaaaaaa... tkezut x???
xpayah terkezut sgt lah..
aku kat opiz..
xbuat apa..
lepak, lyn fb..
chatting also merapu lam blog nih..

kat opiz skrng ni ada lam 5 orang je yg bkeje..
dari 85 org staf, yg tinggal cuma 5..
lg 80 org dah selamat bcuti dah..
sedey x citer aku nih???
sedey kan???
ko xsedey??? mmg nk kena nih.. (baling mercun bola kat korang..)

dari khamis lps lg dia org ni dah start cuti..
ari jumaat lak raai yg half day..
tmasuk aku... heheheheheh~~
mn bley dia org half day, aku jgk nak..
arini pon aku plan nk half day..
nk packing baju utk balik kampung..
kelas ko maria, aku ada kampung gitu..
ye, kampung pandan..

so, seperti tahun2 yg sudah..
aktiviti kita orang sbelum bcuti raya..
bersalam salaman..
bermaaf maafan..
wah gitu....

harus lah minta2 maaf nih..
sb banyak buat salah spanjang bkerja ni..
keje keje jgk..
tp kalau salah, aku sembur je..
hehehehehe~~
(termasuk gak aku kena sembur kadang2..padan muka aku..)



 siyes beb..
aku lemah tang kalau camni..
touching2 lak kan..
sakit limpa aku kadang2..
kalah citer sembilu klau dia org ni bt ucapan..

 ngehngehenegeh..
anyway kengkawan i oulllssssss yg tcayang..
(jgn sayang sangat lahhh...)

"selamat hari raya aidilfitri.."
maaf zahir batin yer..
berjuta kemaafan jika ada salah silap aku sepanjang aku bkerja dgn korang..
sesungguhnya korang mmg kawan yg tbaekkkk punya..
semoga pas korang sonok2 cuti raya lelama tu kn..
kita akan berjumpa lg sb aku nk collect wit raya..
heheheheheheheh~~
sb aku tolong jagakan ikan2 korang kat opiz nih..
sedey kn???
hehehehehehe...

** dah start merepek.. better stop~~ bye u ouullllllssssssssss..

Mengapa Wanita Lebih Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik.

Thursday, August 25, 2011

Tips, Petua dan Panduan : Bergaya ke majlis perkahwinan

Sekarang musim org kahwin kan? Ke dh habes? Haha xkesah la. Yang penting bila ada je cuti sekolah je mesti musim orang kahwin kan? Lepas Raya ni pon ramai yg bakal berkahwin kan??
So here are few tips gaya ke majlis kahwin

1. Jauhi memakai pakaian ala2 pengantin. Kalau bole baju putih, fabrik sifon and renda pun better korang elakkan. Yela, nanti org konpius yang mana satu pengantin. Erkk?

2. Patuhi kod pakaian yang telah ditetapkan. (jika ada ). Jika tidak dinyatakan, tengok pula pada tempat dan waktu majlis. Kalau dalam hotel, pakailah pakaian formal ataupun tradisional.

3. Sesuaikan pakaian dengan persekitaran. Kalau korang ke majlis yang dibuat di rumah dan waktu tengahari,seeloknya pakailah pakaian yang tidak tebal dan menyerap peluh. Bukan apa, dirumah orang ni kadang2 panas bila dah ramai2 kan?

4. Jangan gayakan pakaian yang seksi. Biasanya majlis sebegini dihadiri oleh tetamu yang pelbagai peringkat umur. Jadi kita kene la prihatin dengan sensitiviti persekitaran. Bersopan lebih manis. Baju kurung atau kebaya pilihan terbaik.

5. Keselesaan no 1. Kasut pula janganlah hanya pentingkan stail potongan dan warna je. Yang penting keselesaan. Takot nanti kalau parking spot lebih jauh dr rumah pengantin atau mungkin berlumpur, tak ke jenuh korang nak menjengket? Silap2 kaki yang putih melepak jadi tompok2 coklat pula! Hehe

6. Bagi tetamu lelaki pula, jangan ingat korang xpenting tau! Anda juga perlu berpakaian yang bersesuaian denga majlis. Memang xsalah berseluar jeans ber tshirt tp lebih sopan kalau anda juga berpakaian formal atau tradisional. Kalau takot panas, pakai saje baju melayu yang menyerap peluh

7. Pelbagai kan gaya pemakaian anda dengan aksesori atau selendang. Atleast korg still akan nampak lain walaupun ada tetamu yang berpakaian sama dengan anda!;)

8. Jangan biarkan wajah korang berbogel. Atleast pakai bedak asas, gincu dan maskara jela. Xdela nampak macam zombi sangat..hehe

9. Jangan lupa sembur minyak wangi yer. Sekurang2 nye bile berpeluh mencari rumah pengantin tu xdela busuk sangat. ;)

10. Apa2 pun yang korang pakai untuk majlis ini, yang paling penting skali keselesaan tau! Kalau xselesa, majlis Datuk Siti Nurhaliza pun korang rasa xbest. Erkk?

** samer lak kaler baju pengantikn ni dgn aku pakai arini.. heheheh..

Anyway  "selamat pengantin baru untuk bakal pengantin my best friend Encik Pejaii Blink2 yg bakal mlangsungkan perkahwinannya pada raya ke 5 di Taiping, Perak.. Semoga perkahwinan, perhubungan dan kasih syg kamu suami isteri kekal keakhir hayat... aminnnn~~"

Tips, Petua dan Panduan : Tempat wanita dan suami di syurga


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Seram : Mayang Sari Resort Port Dickson, Resort Penuh Misteri



Mayang Sari Beach Resort terletak di Port Dickson. Admin tak tahu sangat pasal tempat ini tetapi bercerita mengikut apa yang dibaca. Sebelum ini, projek resort ini tergendala untuk lebih dari 5 tahun tanpa sebab. Mungkin kerana tanah lokasi tersebut 'keras'. Kenapa tempat tu keras? Dikatakan dulu tempat itu tanah perkuburan. Jadi mereka korekkan dan alihkan kesemuanya ke kawasan lain tapi tak tahu di mana. Ramai orang terpaksa tinggal di Resort ini kerana ini antara yang paling murah tetapi ramai yang mengadu pernah dikacau. Di bawah ini terdapat TIGA cerita pengalaman ngeri di Mayang Sari :

CERITA PERTAMA by aben

One day,
aben with my family join satu Family Day dekat PD.So dekat sini kitaorang check in dekat satu hotel.Hotel ni nama dia M****g Sa**.This place kalau tengok dari jauh memang dah boleh expect yang tempat ni ber'HAN'.

So,

after check ini,kitaorang pun naik tingkat 7 untuk masukkan barang and bersiap-siap untuk lunch dengan family lain yang join.Masa sampai je tingkat 7 ni,zzzuuuppp! bulu roma mencanak.Hati pun rasa tak sedap.Lagipun aben ni kiranya ada 6 sense lah.Boleh tengok benda-benda ni.Takut jugak kalau-kalau terserempak dengan mana-mana makhluk ALLAH yang tak boleh describe kehodohan dia ni.

Nombor room kitaorang tak silap aben 703 sumthin lah.So before arrive dekat this room,kitaorang kena lalu depan 2 room yang dikosongkan.So that room kita boleh nampak apa yang ada lah dekat dalam tu.Tengok rumah tu dari luar pun dah tahu berhantu.


Akhirnya,kitaorang sampai dekat bilik 703 tu.Masa masuk,Ya ALLAH! terkejut beruk tengok keadaan bilik tu.Kotor nya Nauzubillah! Kitaorang buat biasa je and didn't expect that sumthin will happen lah.Masa masuk room tu,ada jugaklah baca-baca sikit.


So the whole day,kitaorang ikut activities yg dianjurkan.Till night,kitaorang ada BBQ dinner.Lepas makan-makan,kitaorang naik balik ke bilik kitaorang untuk tidur.So, macam biasa,untuk sampai room kitaorang, mesti kene tempuh that 2 room yang kosong itu.Yang peliknya, masa kitaorang sampai kat situ(waktu siang) pintu one of the room tertutup.Bila sampai malam,terbuka pula.So, masa tu memang fikir yang positive je lah.


Masuk bilik,aben ngan my sis cakap lah pasal room itu.Kenapa pulak terbuka? Sebab nak kata angin this hotel menghadap laut.Tapi pintu-pintu dia menghadap tempat lain.Kira bertentangan lah.Memang pelik.Lepas borak-borak.My mum call me then dia kata dia tak boleh sembahyang dekat dalam bilik dia coz dia rasa macam ada something dok perhatikan dia dari belakang.At last,my mum pun sembahyang dekat luar.


Sementara tu,aben dgn my sis duduk dalam bilik dan dengar lagu.After my mum dah habis sembahyang,aben pun keluar tengok tv dengan my sis.dalam 11 lebih,kitaorang pun tidur.

Tiba-tiba masa tengah tidur,aben terdengar my mum punya bilik macam dibukak.So aben pun jenguklah kat luar kalau-kalau my dad nak tengok tv ke apa.Sebab tak dapat tidur masa tu.Tengok-tengok tak ada orang.Time tu just fikir yang itu just perasaan aben je.Lepas tu,aben terdengar pula orang dok seret-seret dekat atas room kitaorang.Kuat tau!.

Tiba-tiba je aben terdengar orang buka air dekat singki dekat dapur.Tengok kat luar tak ada orang.Untuk pengetahuan,malam tu aben ngan my sis tidur tak tutup pintu sebab pintu dia tak boleh tutup.Pelik betul hotel ni.So aben rasa takut jugaklah tengok air tu melimpah-limpah.Aben beranikan diri untuk tutup air tu.Pastu tidur.Esoknya, my sis tanya kat aben kot-kot malam tadi aben ada pergi toilet ke tak.

Sebabnya,dia terdengar orang curah air dekat JAMBANS dalam toilet tu.So dia pergilah jenguk.Dari luar,dia nampak bayang-bayang putih.Sebab pintu toilet tu transparent sikit.Dia buat tak tahu ajelah lepas tu.Aben agak terkejutlah sebab bila masa pulak aben pergi toilet tu.??? So hari kitaorang nak check out tu,

aben saja je duduk dekat bilik my mum.Tidak kusangka,tiba-tiba ja ada orang berpakaian serba putih menjenguk ke arah aben yang tengah baca komik sambil terlentang atas katil dari dalam toilet.Aben pun buat-buatlah tak nampak.So, aben pun berdiri dengan niat untuk cabut lari.Sambil-sambil tu, mata aben konon-konon baca komik and at the same time carik pintu keluar.Masa aben keluar,dengar jugaklah suara lelaki garau gelak-gelak kecil.Nak kata my dad,lain betul cara gelak dia.

So,after kitaorang check out,Kitaorang pun story-storylah dalam kereta pengalaman masing-masing.

CERITA KEDUA

One of them start the story.So this guy kata,waktu tu dia balik dari swimming pool sorang-sorang(waktu senja).Masa naik lif,dia terdengar setiap tingkat macam budak menangis kuat.Masa naik tingkat 2 dia kata ok lagi lah sebab mungkin budak yang menangis tadi menangis terlalu kuat.So sampai tingkat 3,4,5 dan 6.Masih sama tangisan tadi kuatnya.So lepas this guy keluar dari lif.Ada budak pintas dia dari belakang and tanya this guy pasal mak dia.

This budak kata, "Abang,mak mana?".Then this guy ingat yang budak ni mungkin sesat.So dia tanyalah dekat budak itu dekat mana bilik dia.Budak ni kata dekat atas.So dia refer kepada tingkat 7.So this guy pun temankan budak itu tadi naik tingkat 7.Lepas tu,this guy tanya lagi dekat mana bilik dia.Budak tu tunjuklah ke arah satu buah bilik yang kosong itu.Sepertimana yang aben ceritakan sebelum ni .Masa itu,this guy tak sedar yang itu bilik kosong.Lepas dia patah balik nak naik lif.Baru dia teringat yang bilik itu kosong.Dia teringat sebab my mum bagitahu dekat dia masa Lunch tengahari tu.So dia tengoklah bilik tadi.Tengok-tengok "BUDAK" itu.HILANG 
 
CERITA KETIGA

Kejadian ni berlaku at the same night.Lelaki juga yang mengalami benda ni.So malam itu,mamat ini tengah duduk kat luar konon-konon hirup udara segar.Tiba-tiba dia macam terpanggil untuk pergi tengok satu room ini(katanya).Dia tengok dari luar ada AMOI CANTIK sedang duduk dekat balconi sambil rambutnya dibuai-buai angin dan baju putihnya bertiup ala-ala dalam filem Titanic.

Kebetulan,room itu bersebelahan dengan room yang dia duduk.So dia pun tanpa melengahkan masa pergilah masuk room itu dengan niat dapat melihat wajah Amoi tadi dengan jelas sambil meng"usha" si Amoi tadi.Sebaik sahaja dia tiba di balconi dekat room dia(imagine sendiri eh!).Dengan tidak sengajanya di terlihat amoi itu berterbangan pergi. 

Wednesday, August 24, 2011

Speed Trap Musim Cuti Perayaan.. Anda Buat Anda Tanggung~~

Plus Arah Utara (Dari KL):
  • Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
  • Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
  • Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
  • Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
  • Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
  • Km 296 berdekatan exit Gopeng
  • Km 352.6 selepas exit Sungkai
  • Km 373 berdekatan exit Slim River
  • Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
  • Km 308.6 selepas exit Gopeng
  • Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
  • Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
  • 2 km after tol Juru (90km/j)
  • 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
  •  
    Plus Arah Selatan:
    • Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
    • Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
    • Km 253 selepas exit Senawang
    • Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
    • Betul2 di exit Jasin
    • Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
    • Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
    • Km 97.3 selepas exit Air Hitam
    • Betul2 di exit Sedenak

    Plus Tengah:
    • Km 456 selepas exit Sungai Buluh
    • Betul2 di exit Bukit Lanjan
    • Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
    • Km 302.8 berdekatan exit Kajang
    • Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

          NKVE
    • 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
    • Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
    • Betul2 di exit Damansara
    • Km 11.2 berdekatan rel keretapi
    • Betul2 di exit Shah Alam

    KESAS
    • Km 44.8 berdekatan exit LDP
    • Berhadapan Endah Parade
    • Betul2 di exit Hicom

    ELITE (Dari arah KLIA)
    • Km 4.8 selepas exit Batu 3
    • Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
    • Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
    • Km 10 sebelum exit USJ

    JALAN PERSEKUTUAN
    • Bersebelahan Hotel Mint
    • Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
    • Berhadapan dengan Istana Negara
    • Berhadapan dengan Muzium Negara

    Seram : KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri

    Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.

    Sejarah KLIA dari Wikipedia : 
    KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

    Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca : 

    1. Bilik Maintenance Staf KLIA

    -kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki...lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr  menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..

    yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker...mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,...sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu...sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa "benda" tu

    2. Gate C 
    - C34 : hmm...  penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L  tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.

    -C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil - 'za..oh za..' dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp 'tido ker..xper lah bye..''..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..

    -C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad:
    Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang...seram gile. 

    3. Jalan Raya Sekeliling KLIA
    -yg ni plak diceritakan oleh member baik ev...citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh...terjadi kat sedara dia....ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu...ev andaikan yg pompuan lah....citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg...ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia....mmg dia kecut giler...tp dia maintain bwk keta tu....sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia...waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia....dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak....then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak....x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta....

    -Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..

    Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan 'seseorang'..aku tak dapat tangkap bahasa 'seseorang' tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). 'seseorang' tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg 'seseorang' tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, "aku tak kacau engkau"..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..

    esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..
     
    4. Parking Underground KLIA 

    -ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking...siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni...

    5. Gate 2
    -ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2...hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh...dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh...kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma.....:L 

    6. Aerotrain KLIA
    -hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat...dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan...dia duk dlm gerabak tgh....bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala...rambut panjang sampe kaki...duduk keras x toleh kiri kanan....membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat...dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk....aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar.....

    7. Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)

    -Cite ni experience aku mase skolah dulu2 ... aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je ... skolah jauh kt kelantan nun ... so ade skali tu ... aku nye flight pagi ... kul 7 lebey kalo x silap ... so awal2 lagi kena check in la ... ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) ... ada family emergency time tu ...

    Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA ... aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama ... aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 ... hehehe ... bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni ... kalo KLIA tu da check in ... pagi2 sunyi ... walopn time tu da lebey kurang time subuh ... still x de org ... pas da check in ... aku lepak kt surau yg kt dlm tu ... tp mase aku solat subuh ... something yg aneh ar berlaku ... aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu' ... pastu mase aku rakaat kedua ... aku dengar org takbir "Allahu-Akbar" nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu' nk solat berjemaah la ... aku pun cm lek2 je la ... smayang cm bese ... imamkn la 'org' tu ... tp bile aku bagi salam ... aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: ...

    Aku ni ape lagi ... cepat2 baca doa ... terus kuar surau tu ... cm kelam2 kabut ar ... pastu mase aku kuar ... ade org masuk surau tu ... staff klia kot sbb pakai uniform ... dia tanye nape aku kelam kabut ... aku x sempat nk ckp ape2 ... dia terus senyum ... ckp "pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat ... jin Islam pun ada dik" ... aku senyum kambing je la ... pas da siap2 pakai kasut ... aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu ... aku masuk balik nk amek ... tp surau tu da kosong ... brader yg tegur aku td tu pn da x de ... so sape yg ckp ngn aku td :funk: :funk: :funk: :funk:

    8.  Jungle Walk (Bilik Intai)
    -     area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport :lol:  taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P 

    9. Tingkat 5, Tempat Berlepas.

    - lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.

    tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh 'nampak', memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L  teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang :( 

    10. Bilik Satelit 

    Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..  

    p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda. 

    kredit : akustressgiler.blogspot 

    Jauhi Ketagihan Cinta..

    www.tips-fb.com

    Monday, August 22, 2011

    Info : Tahukah Anda Apa Beza Cinta dan Suka?


    Pernah anda terfikir maksud Cinta dan Suka? Apa beza bila nda berada di depan orang anda Cinta dan juga di depan orang yang anda Suka?

    1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


    2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


    3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


    4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


    5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.



    6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


    7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


    8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
    kredit : akustressgiler.blogspot.com

    Info : 10 sifat Calon Suami yang Baik dan Sesuai

    Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

    Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

    Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

    Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

    Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. 

    10 sifat calon suami yang baik:
    1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
    2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
    3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
    4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
    5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
    6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
    7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
    8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
    9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 
    10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
    kredit : www.akustressgiler.blogspot.com

    Info : Tips Untuk Lelaki Berkenalan Lebih Rapat Dengan Perempuan

    Jangan Terburu-buru...

    Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.
     
    Rileks... Bertenang... Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool... Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.
     
    Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

    Be Gentleman...

    Yup! Be gentleman... Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya...

    Usik-usik la sikit...

    Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit... Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke... Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu...
     
    Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada 'to be continued' macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

    Mulut kena manis...

    Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.
     
    Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.
     
    Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, "E...pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?" Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

    Biar dia rindu...

    Ha...ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.
     
    Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi...kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.
     
    Jadi...begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan kitorang semua. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti.