Friday, January 27, 2012

Kehidupan Selepas Sbulan Brumahtangga..

huh..
xtau nk kata camne khidupan selepas sbulan bgelar isteri..
memang banyak dugaan dan cabaran datang..
ada pahit ada yg manis..
memang dalam khidupan xde yg indah saja..
terkadang ada juga pahitnya..
aku jugak xterlepas dari kepahitan itu..

gaduh tu perkara biasa..
tapi bila dah baik tu, indah dunia..
xpe..
saya paham sebab sy ni jenis keras kepala..
degil, tu sb sy slalu kena marah dgn dia..
padan muka aku~ hehehehehe..

terkadang rindukan masa2 dulu..
tp, aku kena ingat, aku dimasa skrng..
huh... mmg berbeza~

Friday, January 06, 2012

Ya Allah,,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

2
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, January 05, 2012

Senarai Bajet Untuk Perkahwinan Anda


Aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah perkahwinan yang sempurna ialah bajet perkahwinan. Perkara ini perlu diambil kira dengan sedalam-dalamnya agar majlis perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar. Selain itu, perlulah anda ingat dan tetapkan bajet di bawah kemampuan sebenar anda.

Bergantung kepada kedudukan kewangan anda sebelum berkahwin dan pekerjaan anda. Jika anda terlebih bajet, takut-takut nanti kesan buruknya terpaksa anda tanggung selepas perkahwinan anda.

Ingat! Masalah kewangan merupakan punca Nombor 1 yang menyebabkan perceraian berlaku di kalangan pasangan suami-isteri Islam di Malaysia ini. Ini merupakan fakta yang dikeluarkan sendiri oleh pihak JAKIM.

Ok, kita releks-releks dulu, jangan poning-poning memikirkan masalah tak cukup bajet untuk nak kahwin kay:-)

Dalam artikel kali, saya akan berkongsi bersama anda beberapa panduan untuk menetapkan bajet perkahwinan. Anda boleh jadikan perkongsian saya ini sebagai ‘guideline’ sewaktu membuat persiapan perkahwinan anda.
  • Kad Jemputan. Anda tidak perlu tetapkan bajet yang tinggi dan beli kad kahwin yang mahal-mahal. Sebabnya, tujuan utama anda beli kad kahwin ialah untuk menjemput para tetamu untuk hadir ke majlis Walimatul ‘Urus anda. Lagi simple, lagi baik. Sebab nanti lepas majlis selesai, adakah anda yakin 100% yang kad kahwin anda akan disimpan oleh tetamu jemputan anda itu untuk di buat perhiasan di ruang tamu rumah mereka? Oh!
  • Mas Kahwin & Wang Hantaran. Untuk mas kahwin, ia bergantung kepada setiap negeri tempat yang anda ingin langsungkan majlis penikahan anda. Manakala untuk wang hantaran pula ia ditetapkan boleh keluarga pihak perempuan. Cuba lah berbincang bersama untuk mendapatkan persetujuan mengenai wang hantaran. Untuk keluarga belah perempuan, jangan tetapkan tinggi-tinggi. Anda bukan nak “jual” anak dara anda. Takut nanti kalau pihak lelaki tak mampu, majlis perkahwinan anda tidak dapat diteruskan. Tak baik kan tangguh-tangguhkan benda baik ni.
  • Cincin Perkahwinan. Anda boleh berbincang bersama pasangan untuk membeli cincin bagaimana. Ikut kemampuan anda yang anda sendiri selesa. Memadai jika hanya membeli cincin emas kuning belah rotan. Tak perlu nak beli mahal-mahal seperti cincin berlian yang harganya puluh-puluh ribu.
  • Barang Hantaran. Untuk jumlah barang hantaran, memang tiada sebarang ketetapan yang khusus. Jika anda mempunyai bajet yang sederhana dan rendah, anda boleh lakukan balasan seperti ’7 dulang berbalas 9′. Ini merupakan tetapan yang biasa bagi kebanyakkan majlis perkahwinan. Pastikan juga barang-barang hantaran tersebut boleh anda gunakan selepas majlis perkahwinan anda.
  • Lokasi. Kalau anda mempunyai kemampuan dan bajet anda besar, boleh lah anda adakan di hotel atau kelab-kelab eksklusif. Jika bajet anda sederhana, memadai anda buat di dewan atau rumah anda sendiri.
  • Pelamin. Untuk pelamin, anda dinasihatkan untuk luangkan masa melakukan survey bagi mendapatakan harga yang paling menjimatkan. Tak mengapa anda ambil masa lama untuk buat survey. Ini kerana, memang terdapat banyak butik di luar sana yang menawarkan harga-harga yang lebih berpatutan dalam masa yang sama dapat memenuhi kehendak anda.
  • Mak Andam. Jika anda ingin lebih jimat, anda boleh ambil terus pakej yang disekalikan dengan pelamin, alas dulang, dulang hantaran, baju bersanding dan aksesori. Kalau anda hanya ambil khidmat Mak Andam secara berasingan, takut nanti anda akan dikenakan bayaran lebih mahal.
  • Baju Persandingan. Lebih baik anda hanya menyewanya, tak perlu beli. Ini kerana, baju pengantin anda hanya pakainya sekali seumur hidup. Tidak munasabah rasanya dengan harga yang mahal dan akhirnya anda hanya jadikan koleksi peribadi dalam almari baju anda jika anda membelinya.
  • Katering & Kanopi. Tetapkan bajet anggaran makanan yang anda tempah melebihi sedikit daripada jumlah tetamu anda. Ini bagi mengelakkan masalah tak cukup makanan nanti. Biasanya khidmat katering akan dipakejkan sekali dengan sewa kanopi.
  • Kompang. Nak lagi meriah dan nampak lebih menarik majlis perkahwinan anda, anda boleh sewa khidmat pasukan kompang. Jadikan ini sebagai salah-satu cek-list item persediaan majlis perkahwinan anda.
  • Bunga Telur & Door-Gift. Anda boleh jimatkan kos dengan buat sendiri. Beli bahan-bahan dan anda boleh bergotong-royong bersama sanak-saudara atau ahli keluarga anda untuk sediakan door-gift.
  • Jurufoto. Jika anda mempunyai rakan-rakan terdekat yang mempunyai kemahiran fotografi, anda boleh upah sahaja dia. Berbanding anda dapatkan khidmat fotografer profesional yang menelan belanja hingga melebihi RM1000.
Anda boleh lah jadikan poin-poin di atas sebagai cek-list dalam membuat persediaan hari bahagia anda. Semoga panduan ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam menetapkan bajet perkahwinan anda.

Ibadah Takkan Sempurna Selagi Belum Kahwin

Seperti yang kita semua talah sedia maklum, perkahwinan menghalalkan apa yang haram. Menurut Saidina Abbas r.a bahawa tidak sempurna ibadah seseorang itu kecuali dia sudah berkahwin.

Maksud di sebalik kata-kata Saidina Abbas itu ialah seseorang itu hatinya tidak akan tenang hendak beribadat kepada Allah SWT dengan lebih sempurna kerana dorongan dan godaan nafsu syahwat. Nafsu syahwat ini telah memang sedia wujud di dalam diri sejak seseorang anak Adam itu dilahirkan di muka bumi ini.

Pernah satu ketika Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya, ketika itu mereka semuanya masih di usia remaja. Lalu dia berkata:
Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada aku. InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina, maka ketika itu Allah SWT akan mencabut iman dari hatinya.
Malah Rasulullah SAW sendiri pernah menjelaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya.
Perkahwinan merupakan satu syariat, tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang harmoni. Allah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara negetif dan maksiat.

Jika anda telahpun bersedia dari segi kewangan terutamanya dan calon pilihan di hati pun dah ada, jangan tangguh-tangguhkan lagi untuk mengikat tali pernikahan.

Oleh itu, buatlah persiapan yang secukupnya sebelum ingin melangkah ke alam perkahwinan. Tanamkan sifat tolak-ansur dan bersabar dalam apa jua dugaan yang bakal ditempuh kelak. Ini kerana perkahwinan boleh diibaratkan anda mendayung sampan bersama pasangan anda di tengah lautan luas yang bergelora. Sekiranya tiada kerjasama dan kesefahaman diantara kedua-dua pasangan, maka tenggelamlah sampan tersebut.

7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal

Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.
Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak? :-)
Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
Itulah beberapa tips yang sempat saya kongsikan bersama anda jika anda mempunyai hasrat untuk kahwin awal.

5 Petanda Anda Telah Bersedia Untuk Berkahwin

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah bagi setiap insan di dunia ini. Semua memang nak kahwin. Betul tak?

Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda. Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin. “Best woo kawin” bak kata sesetengah orang yang dah berkahwin..heh:-)

Petanda 1: Rela Berkongsi
Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.
Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.


Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka
Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.
Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.


Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik
Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:
  • Mengapa anda perlu berkahwin?
  • Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?
  • Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?
Jika anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah anda berdua telah bersedia untuk berkahwin.


Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur
Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.


Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan
Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.

Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri anda, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih anda belikan cincin tunang (bagi gadis).

i'm married~

Pada 31 Disember 2011, jam 9.15 pagi, dengan sekali lafaz dan berwalikan ayahanda tercinta bertempat di Masjid Imam Ash-Syafiee, Kampung Pandan, aku telah selamat di ijabkabulkan 
dengan pasangan ku, Mohammad Sawali Bin Samin..


bertemakan purple pink!! pink??? adoyai.....
alhamdulillah segala berjalan dengan lancar dan meriah..
terima kasih kepada family, kawan2, jiran2, sponsor2, ipar2 semua~

walau dugaan datang bertimpa2 sebelum dan selepas berkahwin ni..
aku redha..
ni perjalanan hidup ku..
Dia yang menentukan.. aku cuma merancang..
InsyaAllah, jodoh aku bersamanya akan kekal sehingga ke akhir hayat~

"aku minta maaf sb aku tpaksa korbankan hdup aku bsama kwn2 sb aku dah hdup bdua.. aku xley cam dulu lg.. rindu sgt masa kita dulu2.. aku harap kamu semua paham yer"