Tuesday, May 31, 2011

hampa kecewa ~~

kecewa??? ye, aku kecewa..
putus harapan?? ye, aku dah putus harapan..
impian?? ye, impian aku segalanya dah musnah..

seronok??? ye, kau boleh bseronok..
tsenyum?? ye.. kau je leh tsenyum..
ketawa?? ye, kau boleh ketawa sebanyak mn kau mahu..

 kau????
kau boleh bkata apa2 saja..
kau boleh bpura2 seperti tiada apa blaku..
kau boleh bkata smuanya salah aku..

aku????
aku hanya mampu mdiamkan diri..
bpaling dari mmandang mu..
diam seribu bahasa..

biar kau jerit..
biar kau tengking..
biar kau ckp shabis kasar..
biar pun walau kau pukul aku..
biar pun walau kau halau aku..

aku tetap akan bdiam..

sb aku dah putus harapan..
aku dah xnk bharap..
aku telah hampa & kecewa..

kalau engkau tahu keadaan aku..
kalau kau mgerti apa yg aku rasa..
kalau lah engkau tahu apa yg aku trima..
kalau engkau duduk dtempat aku..

engkau akan tahu ~~
engkau akan rasa ~~
engkau akan lalui ~~
engkau akan mengerti ...

kini aku seperti pelakon di lantai lakonan..
bpura2 aku gembira..
bpura2 tiada apa..
bpura2 semuanya baik2 belaka..
bpura yg aku bahagia seperti yg lain..

senyuman ku..
gelak tawa ku..
tiap kata yg aku nyanyikan..
setiap pkataan yg keluar dr mulut ku..

itu hanya lah, LAKONAN..
untuk menutup yg aku sedang bsedih.. bsedih kerana KAU ~ ~

kalaulah KAU mengerti apatah lg memahami ...

Sunday, May 29, 2011

my new workplace~~

dulu keje kat tempat lama, mmg xbest walaupon tmpat keje dekat.. apa pon mudah, dekat dgn alamanda, kalau aku tpaksa naik bus pon,aku xkisah dah.. banyak memori aku kat sana dulu2~~ dah 5 thn lebih jgk lah aku keje kat area tuh.. tempat dah bkali2 tukar dah..

** akhirnya, aku tpaksa meninggalkan tmpat lama aku.. sedihnya~~

angkara nk pindah tempat baru, aku tpaksa g keje jauh.. dr presint 1 ke presint 5, bhampiran Pullman & PICC.. cissssss~~ aku xsuka xsuka...
ayah hantar aku g keje pon dah jauh, kesian lak aku tgok dia nk mhantar aku tiap2 hari.. aku rs pasni aku nk kuar awal then aku nak naik bus g keje.. no bus telahpon aku tau.. bus Nadi Putra No 600~~ yg xbestnya, bus tuh dtg 30 minit skali.. aduhhhhhh~~

bila aku pk2 balik, rs cam nk cari driver je.. khas utk mjempot & hantar aku g keje.. kihkhihkhihkh~~ aku ingat aku sapa, anak dato'???? nk ada driver??? cisssss...

so, welcome to my new workplace..


lebih selesa.. walaupon ada keje bnyk yg ttunggak, tp aku happy sb new workplace nih bt aku more bsemangat wat keje sb xde gangguan mcm kat tmpat lama dulu.. emmmm, hope smuanya akan ok pasni~~

Thursday, May 26, 2011

mari masak memasak..

** spaghetti owg pemalas mmasak..

hehehehhe, sempoi x???
kihkhihkhihk.. bila aku lapar, aku g dapur, tgok dik dur bwu start nk masak spaghetti.. tetiba aku jadi rajin lak nk tolong dia sb perasaan aku time tuh tgh lapar + sakit hati + sedih.. aku pon jd ketua memasak time tuh.. ayam aku buh perghhhhh, bnyk gilers.. dikdur ajar aku, aku ajar dia~~

hasilnya...
**marveles~~ superb~~ memang sodap.. xsia2 aku rajin masak time tuh.. xckup lak tuh, rasa cam nak masak lg jer, tp mata aku mula mgantok.. xpe, nnti aku repeat lg masak spaghetti..

Friday, May 20, 2011

kasut & selipar ....

ada pepatah pnah mgatakan "sdgkn ombak boleh mrubah pantai" inikan pula manusia.. kali ni aku cuma nk cerita tentang benda.. kasut & selipar...

dulu, kat kedai ni ada jual kasut jer.. pd kasut tuh,smua sama sb mereka adalah kasut.. berbaik2 dlm kedai.. bnyk mberikan khidmat kpd pelanggan kedai tuh.. tapi bila kedai tu mula mjual selipar.. keadaan berubah..

kasut & selipar dok 1 kedai..
selipar mula diimport dr pelbagai tempat..
bila selipar bertemu selipar..
selipar indonesia pon leh ikut pangai selipar china..
emmm...
selipar mula berlagak..
selipar mula rasa diri tuh hebat..
selipar rasa dia lah yg berkuasa kat kedai tuh dlm mnentukan apa je..
selipar jgk dah mula mnaikkn kualiti & mula mjual mahal..
pandai bodek tuan punya kedai..
tuan kedai pon syg selipar jer..
selipar buruk mana pon, tetap puji..
tetap disyorkn kpd org ramai..

kasut????
apa nasib kasut???
mula dlupakan..
mula djual dgn harga yg lebih murah..
selalu tidak mmuaskn hati tuan kedai..

emmmm... nasib~~
owg pandai bodek mmg leh hdup dlm dunia..
owg yg naif, jujur, ikhlas..
jgn harap owg hargai..

lumrah dunia..
manusia pon bley brubah kn???
xkisah lah.. hal masing2..

p/s : aku xsuka owg yg bmuka2, kaki bodek, berlagak baik, tunjuk hebat.. pk lah, dl pon kita kosong jgk.. hari ni hari kamu, hari akan dtg???????

pindah opiz...

bermula minggu yg baru nih, aku lg sakit hati + sakit kpala.. semua ni bermula bila opiz aku mula nk bpindah.. semak pala.. banyak bnda nk kena packing.. pas packing kena lak buka balik.. semak tul lah..
(terima kasih sb bg aku keje dua tiga kali..aku suka)~~ 

ditambah plak dgn masalah kesihatan aku nih.. bengkak sana sini... aduhhh~~

 ** brg2 yg perlu dbawa balik..

** clear meja i kn????

k lah, hari jumaat ni nk bsantai2.. slamat berehat smua.. jgn lupa g sembhyg jumaat yer..

Saturday, May 14, 2011

exam KPSL, Pekeliling Perbendaharaan & Undang2...

sorry coz dah lama xupdate citer tbaru yg merepek lg merepek.. arini kena keje lak, busan gilers~~ penat smlm xilang lg, dtg lg penat utk arini sb opiz aku balak bpindah..jd aku kena lah packing barang2..

ni citer utk sminggu nih..
sminggu aku xngadap blog,xngadap fb~~ so bosan..

selasa & khamis 10hb & 12hb Mei 2011..
aku g amik exam utk naik pangkat..
sperti yg aku dah jangka..

 ** paper ptama dhari ptama, aku hanya dok dlm dewan tuh 30 minit jer.. kihkhihkhikh~~ blur.. gila cari jwpn xjmpa2..
 ** hari kdua utk paper ketiga, aku pon bt pkara yg sama.. asal lah paper undang2 nih susah sgt.. kalau camni susah ler aku nk naik pangkat.. soalan mgarut, jwpn xde dlm buku.. cisssss~~

** undang2.. mmg benci sgt2~~

hbis exam, kita enjoy.. g tgok citer KONGSI kat alamanda with incek wali..

** mmg best n comel.. to abg long2, kasi tgok ini cerita~~ 

Friday, May 06, 2011

hari ni hari dlm sejarah ..

hari ini dalam sejarah.. aku first time kena sampaikan tazkirah.. aku dpt tahu giliran aku bg tazkirah hari ni pada hari smlm.. perghhh~~ dah la smlm ptg aku xde kat opiz sb g hntr dokumen kat Kementerian Kewangan & JKR kat Maju Junction.. time lunch, dgn pantas aku taip note utk tazkirah.. pk punya pk apa tajuk paling sesuai, aku pilih tajuk nih :- (sempena hari ibu..)

Sempena hari ibu yang akan disambut pada hari ahad minggu kedua pada bulan Mei,iaitu pada 8 Mei 2011 iaitu pd hari ahad ini dan walau bukan sewaktu sambutan hari ibu sekali pon, cuba kita fikir sejenak. Jika pd waktu ini, kita asyik memikirkan dan bcerita tentang kejaya, meningkatkan organisasi, cb kita fikir sejenak mengenai salah seorg yg penting dlm hdup kita iaitu ibu. Bila kali terakhir kita jumpa ibu kita?? Bila kali terakhir kita mencium pipi & tangan mereka?? Bila kali terakhir kita bergelak ketawa bersama mereka?? Bila kali terakhir kita menelefon bertanyakan mereka??

Adakah pada waktu ini kita lalui apa yang dia lalui dahulu sebagai seorang ibu?? Anda seorang ibu, anda semua juga seorang anak kepada seorang ibu, isteri anda seorang ibu. Pernahkan kita terfikir akan pengorbanannya membesarkan kita selama ini sehinggakan kita menjadi diri kita pada hari ini??

Setiap linangan airmata dan hilai tawa ketika kita membesarkan anak2 kita, sedarkah kita bahawa ibu kita juga seperti itu sewaktu mbesarkan kita dahulu?? Apa yang ibu kita harapkan dari kita pada waktu ini?? Tanya lah hati anda sendiri. Jika ditanyakan kepada mereka, mereka tidak akan meminta apa yang tidak mampu kita berikan, mereka hanya memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita.

Sempena hari ibu dan setiap hari, kita haruslah sentiasa mengingati mereka. Walaupon pada waktu ini mereka telah tiada bersama kita kerana mereka telah pergi menemui penciptanya, walaupon ada diantara kita tidak mengenali malah merasai kasih sayang dari seorang ibu, kita kena tanya pada diri kita siapa yg mbesarkan kita, siapa yang menjaga kita ketika sakit, siapa yg membantu ketika kita baru bermula blajar berjalan????

Ketahui lah kawan2 semua, kita seharusnya bersyukur kita mempunyai seorang ibu yg telah melahirkan kita kedunia. Kenanglah jasa sakitnya mereka mengandungkan kita selama berbulan2 dan melahirkan kita. Jangan hanya mengingati mereka pada Hari Ibu sahaja tetapi setiap hari, setiap masa dan setiap saat kita bernafas dimuka bumi ini.


Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi saya sehebat mana individu tu tapi kalau tiada kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri. Percayalah..semua ibu di dunia ini akan melakukan apa saja demi memberi anaknya kehidupan yang baik. Masih tidak terlambat untuk kita menghargai mereka selagi mereka ada.
Pada ibu diantara anda semua yang telah pergi menemui penciptanya, dan pada ibu2 yg masih bersama kita, doakan mereka setiap masa & ketika walau dimana kerana kasih sayang, pgorbanan, ingatan kita pd mereka tidak akan pernah luntur kerana ingatlah bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Ukirlah senyuman diwajah mereka setiap masa walaupon ketika anda sibuk.

Kepada kawan2 yg telah menjadi ibu dan bakal menjadi ibu, selamat hari ibu. Anda adalah yang terbaik untuk anak2 anda, anda adalah penentu kehidupan masa hadapan mereka, anda juga penggerak masa dpan Negara, berbangga lah menjadi seorang ibu. 

** wakakakaka..aku bc bleh tahan lah lajunya.. asal habis~~
"selamat hari ibu kepada ibu aku yg tersyg, angah, kak ipar, adik aku dan kpd smua ibu2 di dunia ini.. anda adalah yg TERBAIK DR SEGALANYA~~ 
LOVE U ALL..

love my mom sb buatkan air utk hilangkan gatal tekak aku nih sewaktu aku sdg mhayati ketas2 yg aku conteng tuh~~


u ????

nak ini leh x??? heheheheh.. 

xpon ini...


wakakakkaakka, kompom xdapat.. 

ingat bnda nih murah??? kalau nk itu nk ini, bilanya nk tawin??? jgn ikut sgt, dia org slalu kuarkn yg tbaru, nnti dah beli nih, nk yg baru lg lak..

"tggu k ~~ ada rezeki kita beli"
ok, sy paham ~~ away....