Thursday, March 31, 2011

Mengapa Mudah Merajuk???

Kenapa merajuk?
Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.


Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan.

Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.


Apakah merajuk lebih baik dari marah?

Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah.

Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.


Bagaimana mengubati sikap merajuk?

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.

Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.

Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.

sumber : http://tipspetua.blogspot.com

bkorban.. pgorbanan.. terkorban..

b.e.r.k.o.r.b.a.n
apa maksud bkorban ???
** kalau nk bcerita pasal berkorban.. rasanya smpai esok pon xhbis cerita aku nih..
dah tlalu bnyk aku bkorban...
xperlu aku ungkit 1 per 1..
nanti kata aku mengungkit.. bkira bagai semua..
cukuplah takat aku kata kn..
aku dah tlalu bnyk bkorban..
untuk keluarga..
untuk owg yg aku sayang..
untuk kawan2..
sampaikn aku tlupa akan diri aku..
walaupon diri aku akan tsepit dtgh2 masalah..

p.e.n.g.o.r.b.a.n.a.n
apa maksud pengorbanan???
**bila dah berkorban, brulah ia dgelar pengorbanan..
pengorbanan seorg anak kpd keluarganya..
pengorbanan seorg kekasih kpd kekasih hatinya..
pengorbanan seorg kwn yg sejati / baik..
aku sanggup mderita..
merasa susah..
menjerat diri aku..
semata2 melakukan pgorbanan kpd seseorg..
aku xpk diri aku..
aku xpk sakit yg bakal aku terima..


t.e.r.k.o.r.b.a.n
apa maksud terkorban???
** yezzz lah.. bila aku dah bkorban utk seseorg..
skrng ni aku yg tkorban..
terima kasih sb myusahkan hdup aku lg..
terima kasih sb bt aku sedar pgorbanan aku slama ni..
hanya sia-sia..
tidak dihargai..
owg skadar mperalatkan aku..
terima kasih.. semoga tuhan mbalas segalanya..
walaupon aku lmbat tsedar..
xpe.. ada hikmah dsebaliknya ~~
1 hari nnti,kau akan rasa apa yg aku rasa..

wahai hati .... sekecil hati ku..

arini pg2 lg aku dah bsedih..
nape???? aku tpikir, napelah hdup aku ni sukar sgt..
nape hdup aku xmcm org laen...

hdup aku hanya ada masalah, masalah & masalah..
arini hati aku sedih lg.. pg2 lg hati aku dah sedih..
aku xnk hdup camni..
tlg lah, aku xnk hdup camni lg..
aku nk hdup mcm owg lain...
tlg lah ~~
adakah aku xlayak????
adakah aku xlayak utk hdup mcm owg lain????

bila aku tmenung..
setiap persoalan yg ditanya..
aku hanya mbalas " emmmm....."
setiap cerita yg dceritakan..
aku hanya respon " emmmm..."
dhatiku tdetik...
mata tu ttumpu pd apa yg aku sndiri xtahu apa yg aku pandang..
airmata cuba utk mnitik tp aku tahan..
ye,aku cuba utk mnutup ksedihan aku..
aku tutup segalanya slama nih..
waktu aku menangis..
waktu aku bduka..
xde sapa yg tahu..

sedangkan hati aku..
terlalu kecil dari semut..
bnyk bnda yg dia pendam..
terlalu banyak yg dia tanggung..
diri aku sendiri pon xmampu nk tanggung semua ini..
apatah lg hati aku yg kecil itu..

ye,aku bangga dgn hati aku..
aku puji dgn hati aku..
walau steruk mana pon dugaan yg dia trima dr dl..
sehingga sekarang..
ia xpernah bhenti utk menerima segala mcm dugaan..
menangis.. 
menjerit...
sedu sedan...
perih pedih...
semua dia tanggung sndiri..
bdan hanya dpt myokong dr blkng..
hati menangis, mata turut bsedih..
hati pedih, mata turut merasa pedihnya..

kenapa???? kenapa semua ni bterusan dlm hdup aku???
apa salah aku????
apa salah aku????

Wednesday, March 30, 2011

5 hari yg hampes ~~

dah brapa hari xupdate blog.. aku mgalami situasi yg sungguh teruk..
boleh dkategorikan kebizian tahap kritikal...
wakakakaka.. xcaya??? mmg patot xcaya pon sb aku tipu jer..
kihkhihkhi.. xbz cuma xde masa nk update.. (samalah tu ngoks..)

5 hari aku xupdate apa2.. mcm2 bnda tjadi dlm masa 5 hari ni..
bnda yg elok,xelok smua ada..
aku dilanda demam selama 3 hari..
ni aku selsema lak xelok2..
ilang sore 2 hari.. (aman hdup kowangkn...)
ni still selsema lg.. bencinya selsema...

aku lalui hari2 yg sukar bila aku khilangan "seseorg"..
walaupon aku sygkan dia..
tp aku kena redha..
aku tpaksa bpisah dgn dia utk kbaikan aku & dia..
aku akan ingat dia smpai bila2..
aku tetap sygkn dia smpai bila2..
"BUKAN WALI ARRR..."
orang lain !!!

haaaaaa, sebut pasal incik wali...
ni nk mgamuk nih..
malu giler bila dlm fb dia leh tulis "Peh bestnye dia tido.Siap berdengkur lagi tu".. ye, aku tau dia maksudkan aku... haaaaa, sapa suh aku temankan dia time keje.. aku nih,pantang letak, kompom tido.. nasib arr.. tp ok apa, dgn dengkur i tuh, u xrasa sunyi kn??? wakakakakak... pasni kompom dia myesal ajak aku temankan dia keje lagi..

sebab aku tido yg xsempurna, dtmbh dgn masalah, aku demam pg nya tuh.. tuh laaa,sapa suh bg aku risau, sedih & mnangis.. kompom aku demam.. ptg balik trus xsdarkan diri smpai pg ahad tuh.. suara xde.. aman dunia pd sapa yg slalu kena mbebel dgn aku.. selasa aku xg keje.. arini aku dtg keje pon dgn selsema masih lg melekat dhidung aku nih.. bila lah nk baik..

selsema pon,aku tetap mnum teh ais.. my feveret~~
xmo mnum nescafe dah.. xelok utk perempuan..
kihkhihkhihhkhihk, bwu skrng aku tpikir nape aku slalu migrain dl..

"Aku betul2 syg dan cintakan dia.Ya Allah jika dia benar2 Kau ciptakan utk aku,permudahkan la segala urusan kami berdua di dunia ni.Aku tak sanggup utk kehilangan dia dalam hidup aku."

"pilih syg lah.. sinchan nakal, sapa nk dia"
"abg akan pastikan syg xmyesal sb pilih abg"

wakakakkakakak.. so sweet~~ ok.. kita wait & see ok lalink...

Friday, March 25, 2011

dia .....

DIA !!
bukan DHIYA !!
bukan DYA jugak !! (tuh aku.....)

bsyukur sgt sb ada dia..
walaupon bnyk dia mlukakan hati aku..
tapi aku tetap sygkan dia...
selagi aku boleh bsabar..
selagi aku boleh myayangi dia..
selagi hati aku masih pd dia..
selagi aku xbpaling dr dia..
aku akan tetap begini..
mnunggu & myayangi dia...
sampai bila2...

semalam hari yg paling comel utk aku..
guess what????

"kepada adinda ku yg tersayang Mizs Dya Comot, abg minta maaf kat syg sbb slalu wat syg marah dan curiga.. bukan sengaja nk bg marah pon.. tak dsengajakan.. tp syg tetap gak maafkan abg setelah beberapa hari merajuk kan.. keh3x.. terima kasih banyak2 syg..syg kamu.. harap perhubunugan ini akan bkekalan smpai bila2.."

kihkhihkhihkhihk.. so sweet..
ramai yg myokong kamu kn???
susah seorg mat rock + metal nk pujuk awek camni...
apatah lg tulis dlm fb..

hehehehehehe... sukanya~~

thanks jugak sb bg pinjam nokia butterfly.. bila hp tuh bbunyi, happynya~~


Thursday, March 24, 2011

beza kau & aku..

kau & aku..
kita berbeza & xserupa..
dari rupa, perangai, harta, pelajaran & segalanya..
persamaan??? kita sesama manusia..
ada hati, ada perasaan, ada 1 jiwa yg xmungkin org paham..

tu sebab kau xpnah memahami aku..
tu sb ko xpnah tahu seksa yg aku trima..
ko xkn pnah tahu apa yg aku tanggung..
ko xkn penah tahu perih jerih yg aku lalui utk hdup..
ye, sb kita mmg berbeza..

aku pon xtahu perasaan ko..
aku pon xmemahami ko..
aku xtahu apa yg ko tanggung..
aku xtahu segala2nya..

yg aku tahu "HANYA DIRI AKU"..

aku bkn seperti kau yg mampu sgalanya..
kau ada emas, aku ada sbutir pasir..
kau ada istana, aku ada hanya atap genting..
kau ada kereta kuda, aku hny ada 2 kaki ku..
kau mkn ayam, aku mkn ikan bilis..
kau tido dtilam empuk, aku hanya dikaki lima..

aku xminta kau bg aku segala kemewahan..
aku xminta kau bg aku segala dlangit & dbumi..
aku hanya minta kau..
tolong bahagiakan aku..
tolong gembirakan hari2 aku..
tolong terima aku dgn hati kau seikhlasnya..
tolong jgn bg aku bsedih lg..
tolong bg aku hdup seperti orang lain..

tolong, aku cuma minta 1..
"tolong sayangi aku"
klaulah bahagia & gembira itu boleh dbeli..
aku ingin mbeli segalanya..
aku ingin hidup seperti owg len..

jgn lah kau mrendahkan aku..
jgn lah kau pkecilkn aku..
jgn lah kau pilih aku krn kau xde pilihan lain..
aku tahu, aku xlayak utk sesiapa..
aku serba kkurangan..

jika aku xlayak bdiri dsisi kau..
apatah lg bkhayal utk hidup bsama kau..
lupakan aku..
tinggalkan lah aku..
biarkan aku..
jgn seksa lg aku sb aku dah xmampu..
xmampu segala2nya..

..... doa ku ~~

Ya Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih.....
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu
Sucikan hatiku Ya-Allah
Agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindui kehadirannya
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni
Bantulah aku agar dapat mengasihaninya hanya sebagai seorang sahabat

Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah
Satukanlah hati kami
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku telah Engkau ciptakan
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya

Ya Allah Yang Maha Pengasih
dengarkanlah doaku ini
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Ya Allah Yang Maha Kekal
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku
luka dan keraguan yang ku alami mesti ada hikmahnya

Semua ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu
Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Amin...

Wednesday, March 23, 2011

makan makan makan jer ~~

pagi2 yg indah ni, aku tetiba lapaq giler lak..
lom tahap giler hbisnya.. ni kategori nyaris2 gila..
kihkhihkhihkhihk..

kerana aku skrng ni nafsu mkn (jgn pk len ek...) agak kritikal..
aku xtahu lah nape aku asyik lapor jer..
nk kata bela hantu raya, idok lak aku mnurun ilmu kat sapa2..
ishhhh, musykil....
owg lak kata, klau tetiba nafsu mkn nek, maknanya nk mam*** dah..
kihkhihkhihkh, ishhhh... cabul tul mulot aku nih...

firstly, meh kita bciter psl kegemaran aku sejak dr dl lg..
makanan ni klau masa2 kritikal pon, 
aku rs makanan ni lah yg paling best..
apa dia???? jawapannya adalah.....

SARDIN !!!!


aku hampir pengsan xsedarkan diri bila aku balik keje smlm, aku buka tudung saji, waaahhhhhh... sedapnya sardin... telur goreng... nasi lak masih panas lagi... WOW!!! ni yg bt aku syg lebih lg kat mak aku.. tp sardin dia masak time dia maleh jer.. bkn senang aku nk dpt mkn sardin nih.. buat sendiri??? heheheheheh.. no komen ~~ (tu sb aku smpai skrng xkawin, maleh masak... bkn maleh ek cuma aku xde masa..)


kegilaan aku yg kdua adalah......

DURIAN !!!
(d'oryan nama band aku pd ms akan dtg..)
** niat hati nk bsaing dgn band d'oryza


ni gambar time aku mkn durian dgn incik wali pada hari ahad yg lepas.. time tuh kami baik lg... ( jeling2 kat incik wali...) dia mkn bnyk lg dr aku.. kalau lah aku ni kat umah, bukan dpan dia, mau gak aku gigit dgn kulit2 durian skali.. wakakakakaka.. xpe2, tggu gaji esok.. kompom aku beli lg.. gian nk mkn durian nih.. 


kegilaan aku yg ketiga adalah..........

STEAMBOT !!!!
(makanan dcelup2 bwu mkn.. bkn bot yg tgh stim..)





ni mkn steambot dgn incik wali jugak pd hari jumaat mlm yg lepas.. makan steambot kat GP Jati Dengkil.. kat situ ada gak member2 incik wali iaitu incik bojoloro (ayun) & incik pacingko (man).. penat gak nk mhabiskan semua nih.. kalau dpt owg yg kaki mkn, kompom best.. kenyang tp sekenyang2nya.. sengal pewot aku.. alih2 incik wali yg habiskn.. sabor je lah~~

dan yg xleh blah, mlm tuh aku karaoke..
giler betul !!!!!!! memang gila !!!!
ishhh, xmo ingat arr.. malu aku ~~
pasni xmo nyanyi dah.. sore xsodap..
takat karaoke kat umah leh arr..
ni kat public, malunyaaaaaaaaa..
rasa cam nk nyorok bwh meja jer..

** emmm,pasni mana & apa lak aku nk mkn ek??? any idea?????

Tuesday, March 22, 2011

Lagu Feveret Aku Bulan Nih.. Dimana Dimana (Jac, Shila&Ning..)


Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho oooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Monday, March 21, 2011

angkara marah yg keterlaluan ....

wakakakakka, meh dtg meja aku meh..
meh lah tgok.. segan arr nk ckp lebey2..

** clearkan???? pendapat anda????

baru aku perasan, bila hati aku marah, aku wat keje diam2, selaju yg mungkin, dok dendiam kat tmpat, xkacau owg pon.. heheheheh, bgus kn???? staf sapa lah nih...

trima kasih lah sb bg aku panas hari ni.. bila hati panas, wat keje bnyk2 smpai penat, balik umah nnti kompom aku leh tido dgn aman.. leh tido dgn lena smpai pg esok..

warggghhhhhhhh, ngantoknya.. bila lah nk kul 6 ptg nih..
malam ni citer apa best ek???
kalau kuar melepak best gak nih...
dah lama xjmpa kwn2 lama.. rindunya...

td pon survey motor rxz..
jgn halang aku apa aku nk buat & beli pasni..
ko sapa???? ko xde hak nk tentukan hdup aku!!!

pasni aku nk jd mcm dl balik..
xkn ada ksedihan lg mcm skrng nih...
wakakakakakakkaakkakakkaka...

malam ni apa ek aku nk wat dulu?????
emmmmmm... idea idea idea?????

hatiku terluka lagi.. kali ini lebih parah..

tah kenapa hati aku sering kali tdetik, hati ku xtenang, rasa resah gelisah.. apakan ini petanda aku nak mati??? meninggalkan dunia ini???? setelah bhari2 aku mmikirkan petanda mimpi aku slama ni.. rupanya akhirnya aku temui petanda mimpi aku tuh..

hari ini bermula lah hdup aku seperti dahulu kembali..
sebab????
banyak sebab..... hari ni aku trasa jatuh sangat2, jatuh dan xkn bangun kembali..
emmm... nk taip panjang2 pon aku takut aku mnangis sowang2 lak nnti..

apa salah aku????
apa salah aku slama aku hdup ni sehinggakan aku xdpt mnikmati khidupan mcm owg len???
apa salah aku????
kenapa hdup aku sentiasa bsedih & drundung masalah???
apa salah aku????
sampai aku xleh bahagia walaupon sekejap?????

tu soalan yg sering kali mhantui fikiran aku..
brubah jadi baik... aku dah mcuba ~~
jadi seorg islam yg sejati... ye, aku sdg mcuba lg ~~
brubah mjadi anak yg baik... aku masih lg mcuba ~~

kau kata " ko xkn bahagia sampai bila2 sb ko aniaya aku.."
kau aniaya aku atau aku aniaya ko???
ko yg hancurkan impian & harapan aku..

tapi, tengok.. akhirnya doa ko mjadi kenyataan..
ye, aku XKN BAHAGIA SAMPAI BILA2..
puas hati ko??? gelak lah spuas hati!! ko berhak gelakkan aku sb ko yg mdoakan kjatuhan aku... aku nk menangis??? dah xperlu lg.. sb aku dah lali dgn smua ini...

cuma aku tertanya2....
apa lagi silap aku??? apa lg yg harus aku buat???
perlukah aku mgelar tgn ku shingga bdarah untuk aku dptkan bahagia???
perlukan aku mgantungkan diri aku supaya aku lebih tenang???
perlukan aku mjadi kejam untuk mdapat apa yg aku inginkan slama ni???
perlu ke smua tuh aku buat????

"dya, ko kena sabar"
** ahhhh, aku dah slalu bsabar...

"dya, belom smpai masa lg ko dpt smua tuh.."
** sampai bila aku kena tggu??? smpai aku mati???

"redha dya, bru hati kau akan tenang..."
** ye aku redha, tp kenapa smpai skrng aku trima begini???

ahhhh.. persetankan smua yg org ckp.. sb owg xtahu hati aku, keadaan aku.. mnasihati sekadar dmulut.. kalau ko duduk dtempat aku, camne perasaan ko??? sanggupkah ko bdiri lg seperti aku bdiri hari ini, yang nyaris2 myembam bumi????

cerita lah.. perlukah aku cerita 1 per 1 kehidupan aku yg sperti masuk ke mulut naga??? perlukah aku mceritakan kisah silam aku yg aku sendiri tidak mahu ingatinya??? perlukah aku myebut kembali setan2 yg myeksa hdup aku??? mrosakkan hdup aku??? mbuat aku kecewa??? perlu ke smua itu??? 

ahhhh, aku dah bosan...
seandainya hari terakhir aku berakhir tanpa kebahagiaan..
tanpa sesiapa dsisi aku...
tanpa memiliki apa yg aku inginkan..

aku redha..
seandainya ini yang telah Engkau tentukan..
cukup lah dugaan Mu ini..
aku sebagai hamba Mu yg lemah lg hina ini tidak mampu lagi mneruskannya..
Kau amik lah nyawa Ku..
seandainya itu yg terbaik..
aku dah putus asa..
aku dah jatuh...
jatuh & xkn bangun lg..

buat kuarga ku tersayang, sesungguhnya aku amat myayangi kamu smua.. walaupon bnyk dugaan yg aku terima, aku redha, maafkan segala ksilapan lama ku, halalkan mkn mnum ku slama ini..

buat kawan2, aku memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada mbuat salah spanjang kita berkawan.. sesungguhnya, kawan2 aku slama ni, smuanya yg tbaik.. yg mmahami aku ketika suka & gembira..

buat org yg kecewakan ku, terima kasih.. semoga tuhan saja mbalas segalanya..

Saturday, March 19, 2011

.....................................

 “Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.” 

  “Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.” 

  “Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.” 

  “Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”  

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”  

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”  

 “Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”  

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Friday, March 18, 2011

aku bmimpi ...

arini bsemangat aku nk merepek pg2.. ni lah aku rasa first time aku merepek pg2..  penatnya pagi nih, settlekan keje yg bos bg smlm.. sakit blkng aku.. mata pon ada ngantok sikit arini..

dah la mlm td aku mimpi yg mnakutkan..
amat menakutkan.. hhhuuhhhh~~
aku mimpi ada owg tikam aku.. ni dah bnyk kali aku mimpi owg tikam aku.. apa petandanya ek???


aku mimpi dah banyak kali.. aritu aku mimpi aku kuar dr petronas dpan umah aku, ada sorang LELAKI dtg dari arah kiri aku, dia tikam peha aku, then dia rodok smpai ke atas hingga ke pinggang aku.. aku leh menangis teresak2..aku nmpk samar2, ada brother teksi tolong aku.. lelaki tuh dah lari bila brother tu jerit.. dan aku trasa mmg real punya.. sakitnya aku mmg terasa.. bila aku tjaga, aku dlm keadaan yg mmg menakutkan.. jantung aku bdegup laju..

dan malam td, aku bmimpi lg.. kali ni aku xtahu siapa, yg pastinya LELAKI.. dia duduk dhadapan aku.. rasanya aku seperti mengenali dia.. aku btengkar dgn dia.. apa yg aku borakkan, aku sndiri xtahu.. then laki tuh leh tikam perut aku.. aku tolak tgn dia.. dan, bila aku cuba tolak lelaki tuh, aku tsedar, aku mmg seperti menolak seseorg.. aku tido mlintang dari posisi asal aku tido.. aku tkejot smpai xleh bnafas.. aku bgun then msg wali.. bila wali suh aku bc Al Fatihah & ayat Kursi, baru hati aku tenang.. dan aku boleh tido semula..

....................................................................................................................
sampai pg nih, aku terfikir, apa makna mimpi aku tuh..
aku try search kat google.. 

ada yg kata...

**Kau ader kekuatan dlm dri. Kau b'smgat jadik org. Oh, yeah! Ader some1 ingin turunkn ilmu pd kau. Tp kau dh miliki sikit juz kau x sdar. 

** itu bermakna anda akan disakiti orang.
**Kalau mimpi kena tikam/bunuh sehingga mengeluarkan darah alamatnya akan terang hati.

**Bermimpi ditikam dengan senjata tajam. Artinya, akan mendapatkan kegembiraan. 
Sumber http://tafsirmimpi.org/senjata.html

- emmmmm... insyaAllah lah, aku akan selamat dunia akhirat.. risaunya aku.. apa petanda mimpi aku tuh????

Tafsiran Mimpi..

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak 
** sumber dari http://jessyazimah.blogspot.com/2009/03/tafsiran-mimpi-menurut-islam.html

Wednesday, March 16, 2011

kawan... kawan..

siapa ada kawan??? ramai x kawan2 anda??? di opiz??? di rumah??? di laman web sosial??? di dalam ingatan??? di zaman skolah??? kawan tp mesra??? kawan tp bmusuhan???

aku ada ramai kwn.. mcm2 jenis kwn aku ada..
aku akui, di opiz, aku ramai kwn pompuan..
TETAPI...
di luar opiz.. aku hanya ada kwn lelaki..
rasanya cuma sorang je kwn pompuan aku, tu pon cina, nama dia Chui.. 
aku dah anggap dia mcm adik aku & sbahagian dr family aku..
kwn2 skolah ada tp jarang / xpenah jmpa langsung.. takat rapat dlm FB jer..
teruk aku kn??? aku memilih kwn..
maksud dgn MEMILIH tu adalah, aku paling xsuka KAWAN YG TIKAM KWN..

stok kawan tikam kawan ni yg bt aku risau sgt2..
terkadang, manusia bila bhadapan sesama manusia, mesti baik, lembut lidahnya.. tapi, dbelakang???? siapa yg tahu??? aku pon sama jgk, ada gak yg aku xpuas hati, aku suarakan dbelakang.. tapi klau dpt trus bcakap dgn owg tu trus, perghhhh, bestnya.. puas hati dpt luahkan segalanya..

bila owg xpuas hati dgn aku, aku lebih suka kalau owg tu bterus terang.. aku xde makan nya org tuh.. xde lah nk blasah ke, nk sound2 check ke kn.. skurang2nya aku dpt tau apa yg owg tu xpuas hati psl aku.. tp kalau aku rs apa yg owg tu ckp, bkn diri aku yg sbenarnya, aku akan terangkan knapa aku jd mcmtu.. 

kadang2, owg pon xtentu hala mgamukkn??? kita pon xtahu knapa dia mgamuk.. sama gak mcm kita..

berlainan lak dgn kawan yg myusahkan kawannya..
ada jugak kawan yg myenangkan kawannya..

alhamdullilah aku dkurniakan lebih banyak kawan2 yg menyenangkn.. xkurang juga yg kurang menyenangkan.. xpe xpe ~~ setiap pkara tu ada hikmahnya..

xkurang juga pada kawan2 yg cuba mkn kwn sndiri..
kihkhihkhihk.. paham x apa yg aku tulis nih???
aku paham.. kowang???? wat2 paham sudah...
nk hbis baca cepat, jgn tanya bnyk2.. xtny lg bgus..

kawan yg suka jd skandal & bt aku jd skandal...
wow!! skandal gitu.. salah langkah jd sandal lah gamaknya..
giler betol.. jgn wat gila bang long..
pk anak bini dulu.. pk kuarga...
kang ado lak yg jd perang dunia kdua lak..
i xmo jwb.. i pass kat u je suh u mjwb nnti kang..
wakakakakakkakaka.. jd jangan wat giler~~

.................................................................................................

Lirik Lagu Hujan Aku Scandal

Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri
Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

p/s : lagu "aku skandal"... lagu peveret aku zaman dolu2.. suka lagu xpe, jgn suka skandal lak... xelok ~~ anda buat, anda dapat... majulah sukan untuk negara ~~

keje keje keje keje ~~

dah lama xmgatal tgn taip blog.. hari ni try to spend time utk taip blog..
arini bnyk sgt keje.. keje uruskan fail yg btimbun2~~

** ni baru separuh... ada lagi yg aku xbt lg...

keje bnyk camne pon, aku tetap teruk psl keje nih.. slalu xdtg keje.. ada je penyakit aku nih.. xpe2.. hope thn nih atau slps ni, aku akan lebih elok.. hope dpt anugerah pekerja contoh bulanan..

** carilah aku yg mn 1& bulan bila aku dpt anugerah pkerja contoh nih...

smlm penat buka tender mlambak2.. aku buka 8 daripada 40 tender.. banyak giler~~ 40 tender kongsi 5 org.. dr pg smpai ptg aku buka tender.. penat penat penat~~

** banyak kan?? haaa,yg besar gabak dpan ni, aku jugak yg kena buka.. sib baik xbnyk..

yg best, ada mkn tghari.. dah lah lapar sb xmkn apa2 pg tuh.. sib baik ada mkn.. thanks to kwn2 kat perolehan nih..

** sedap & pedas...

Saturday, March 12, 2011

mkn.. umah baru & IKEA ...

akhirnya saya dpt mkn kfc.. thanks to incek wali sb bw sy mkn kfc..
** ni kami mkn kat KFC Seri Kembangan..
sabtu g cuci umah ayah & umah baru aku.. perghhh, penat giler!! tapi ada yg xbest~~ xbest...
aku tcedera.. kaki ku hitam... umah ku mcm tongkang pecah...
** tgn ku tcedera... padan muka aku..
** kaki sapa lah nih..kalau sepak owg mau koma stahun camni..

ahad lak aku g IKEA.. kesimpulannya, aku rambang mata tgok brg2 IKEA.. jd jgn bg aku g lg.. mau smpai bribu hbis nnti.. g dgn puan mardhiah, incek sani, cik durriyah & incek ubin..
** jalan jem giler time nih.. IKEA lg ramai owg.. serabot pewot..
** jln2... jln2.. cuci mata~~

Monday, March 07, 2011

kenangan lama yg dkenang kembali..

korang penah ingat xkenangan kowang time mula2 bcinta dgn pasangan kowang skrng nih??? cinta bmula dr internet??? telefon??? email??? chatting??? tu dah biasa sgt... tapi kalau bcinta krn mak ayah yg temukan, itu adalah mustahil.. tp mungkin jgk, tp skrng ni mn ada owg bujang yg nk mak ayah dia tentukan segalanya.. tul x??? kalau still ada lagi, mesti best sb nikah dl bwu bcinta..

cerita pasal kenangan lama.. bnyk tmpat yg ada bnyk kenangan dlm hdup aku~~

aku dah mengenali dia dah lama.. tapi sb sakit hati nya psl, aku remove dia dr akaun fb aku.. tp dia add aku balik slps tuh.. dia xpnah IM dgn aku pon.. tp sejak dia komen dkat status aku, kami mula IM..

** siap bagi no hp lg tuh.. kihkhihkh.. taktik baru nih..

then kami trus bhubung.. klau komen kat fb tuh xpyh citer lah, ada je kami merepek..

** "rock kena dpt awek yg suka gelak kihkhihkhihkh ye rupenya.."
"wakakakakak,rock kena dpt awek yg suke ketawa mengilai"

skrng ni padan muka.. dpt awek yg suka gelak, sengih memanjang.. amacam??? myesal x??? tepuk dada tanya hati ok... banyak lg kenangan kita bdua dr bkenalan smpai skrng.. tul x??? kat bank islam tesco ampang, kat shell bulatan kg pandan, kat axis pandan, kat matic jln ampang.. smuanya aku akan ingat smpai bila2...

sebab??? sebab tu smua kenangan terindah kita bdua.. sy xkn lupakan ~~

Saturday, March 05, 2011

rahsia bulan kelahiran.. ogos???

Suka berlawak. (emmm,btol2..jarang aku siyes..)
Mudah tertawan padanya. (emm, no komen..)
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. (emm, maybe..)
Berani dan tidak tahu takut. (emm, x jugak..)
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. (emm, no komen..)
Pandai memujuk orang lain. (emm, maybe..)
Terlalu pemurah & bersikap ego. (betol2...)
Nilai harga diri yang sangat tinggi. (emm, no komen..)
Dahagakan pujian. (emm, no komen..)
Semangat juang yang luar biasa.(emm, maybe..)
Cepat marah & mudah mengamuk. (betol2...)
Mudah marah apabila cakapnya dilawan. (betol2...)
Sangat cemburu. (betol2...)
Daya pemerhatian yang tajam & teliti. .(emm, maybe..)
Cepat berfikir. (betol2...)
Fikiran yang berdikari. (betol2...)
Suka memimpin & dipimpin. (betol2...)
Sifat suka berangan. (betol2...)
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. (betol2...)
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. (betol2...)
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. (betol2...)
Belajar untuk bertenang. (emm, maybe..)
Sikap kelam kabut. (emm, maybe..)
Romantik, pengasih dan penyayang. (betol2...)
Suka mencari kawan (betol2...)


aktiviti sabtu.. rumah baru ~~

harini g putrajaya, utk g tgok my new home~~ bestnya.. bsemangat bgun awal2 semata2 nk g tgok umah baru..
sementara menunggu my mom beli sarapan pagi, baca lah paper metro.. yg kelakornya, ada page yg xbcetak dlm paper tuh.. hbis, aku xtau lah apa fungsi beli paper nih..
** the missing page & story..

tpandang lak 1 kete nih, sjibik kete aku dulu.. waaaaaa, rindunya kat encik WHU 1512.. jantan xguna tuh punya pasal lah, kalau x, smpai skrng still pkai perdana.. bila lah leh dpt nek pdana lagi ek???


sampai dputrajaya, g umah angah, breakfast.. then g umah along, mlaway isya & yaya.. then g rumah baru aku.. lawanya umah i.. ada balkoni lagi tau.. best2, leh lah aku wat landskap 1 hari nnti.. saat yg aku idamkan jika dok umah ada balkoni, aku nk wat landskap sendiri.. insyaAllah apa yg aku hajatkan akan tmakbul..

**pmandangan dr luar ke arah balkoni.. ni floor owg len, aku nya tingkat *******.. xleh bgtau~~

** ni pmandangan dr tepi umah aku.. lawakan??? sonok2~~

** ruang mbasuh baju.. xsabar nk masuk dlm umah nih..

*** xsabar rasanya nk masuk umah baru.. bsemangat nk hdup sndiri, selepas tuh cuba utk hdup bkuarga, insyaAllah...


Friday, March 04, 2011

bodoh.. perasaan.. segala2nya..

bodoh.. tu pkataan pertama yg sesuai utk owg yg myukai, myayangi seseorg itu tapi akhirnya segala2nya dah berakhir..

dia tidak pnah myayangi ku??? mungkin..
dia tidak mmikirkan ku??? mungkin...
dia sekadar pmainkan ku??? mungkin..

bru aku sedar baru 2 bulan kami bsama..
banyak dugaan yg blaku..
tetapi, ini akhirnya..
setelah aku brusaha utk dekat dgn dia..
makin jauh jd nya..
dan kali ni, kami akan terus jauh.. sejauh yg mungkin..

sedih???
ye aku sedih.. siapa yg xsedih..
mharapkan kasih syg seseorg..
bl dah brusaha smpai jauh camni, ni yg aku trima..

diri aku???
aku dah xpdulikn diri aku..
aku brubah krn utk ms dpan kami..
tp prubahan mbuatkan hati dia brubah...
hati aku juga brubah..
apa yg tjadi pd aku adalah ksilapan tbesar dlm hdup aku..

myesal????? aku xpasti..
sb aku dah aniaya diri aku sendiri..
skrng ni, aku pk diri aku..
aku pk hati aku..
segalanya yg ada pd diri aku..

YaAllah, besarnya dugaan Mu..
bl aku makin dkat dgn Mu..
makin besar dugaan yang Engkau berikn..
aku dah xsanggup nk teruskan lg..
aku dah bputus asa..
aku dah kecewa..
seandainya aku mmg ditakdirkan utk keseorgan..
Kau tenangkan lah hati ku..
Kau kuatkan lah hati hamba Mu ini..
jangan biarkan aku menangis lagi..

kpd "dia"..
aku bterima kasih bnyk2 sb dah bnyk bkorban utk aku..
trima kasih sb mgajar aku erti phubungan..
mgajar aku segala2nya..
myedarkan aku pbezaan langit & bumi..
aku doakan "dia" akan jmpa pganti yg lebih baik dr aku..
aku harap dia gembira dsebalik ksedihan aku..

aku dah jatuh.. jatuh & xkn bangun kembali..
aku bharap sangat, aku xkn menangis lg..
harap sangat2...

isteri ......

Sesungguhnya, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)
perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh
seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.

Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami. Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, 
menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah
dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan
pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah. 

Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu
engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal
kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu dirumah.”

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

itu BUKAN cinta... itulah CINTA ~~

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi........

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA...



** this note received from Kak Mashani Samsuddin.. Thanks kak for this note.. 

sepasang kasut ~~

citer merepek dtengahari yg bosan sb aku lapar + demam.. jadi aku lebih suka merepek sowang2..
apa ek aku nk merepek arini??? asyik citer psl dia.. psl aku.. family.. keje.. bnda yg ada dpan mata.. hbis nk merepek apa lg ek??? emmm, arini kita bcerita, nk x???

..............................................................................................

situasi : seorg perempuan berada di kedai kasut di sebuah soping komplek.. belek punya belek.. hatinya tdetik..

pompuan : (eeemmm, rs nya dah lama aku xbeli kasut.. sejak kasut aku kena rembat dulu.. aku dah xnk beli kasut sb teringatkan kasut yg aku syg dl..)

sambil mbelek2 kasut di kedai tersebut.. tgok harga.. emmm,boleh beli nih~~

pompuan : dik, akak ni nk beli kasut.. adik leh suggestkan kasut yg elok dpkai x??akak dah lama xbeli kasuh, takut lak nk beli kasut nnti salah,xsdap lak nk pkai..mmyesal lak..

dak kasut : emmmm,apa kata klau akak beli kasut nih??? sy percaya akak xkn myesal.. kasut ni mmg baik..

pompuan : ohhhhhh,ok.. sy beli kasut nih.. (tiba2 hati ku tdetik...)

** betul ke aku nk kasut nih?? patot ke aku beli kasut nih?? xmyesal ke aku beli kasut nih??? boleh ke kasut ni mjaga kaki aku dr sbrang kecederaan??? boleh ke kasut ni mgantikan tmpat kasut yg aku syg dulu??? kasut ni xde sapa nk kebas ke nnti??? risaunya aku mmikirkan kasut nih..

dak kasut : akak, akak nk beli ke xnk nih kak???

pompuan : ?????????? aku xtahu nk beli atau tidak.. aku takut aku myesal beli.. tp aku teringin sgt nk beli kasut tuh, nk pkai kasut tuh, nk syg kasut tuh, nk ada kasut mcm owg len.. 

apa patot aku buat??? citer psl kasut tapi situasi nk beli kasut nih sama mcm hdup aku.. so?????

Thursday, March 03, 2011

keje... paper arini... ustaz??? kekwa????

arini aku banyak keje.. bru skrng nih aku dok lepak kat tmpat (kul 2:43pm)
ngantok lak tuh.. dak2 seksyen aku xde pg td, sunyinya..
aku pon wat keje laju lah jgk bila xde sapa yg mganggu aku..

keje aku?????? ni dia...

** update smua surat dalam fail yg dah bkurun2 xupdate.. sy suka keje nih!!

perot lapar sgt2, sib baik ada beli 2 ketul karipap & teh ais pg td (my feveret..)

** kowang nmpk xbrapa banyak fail yg aku dah buat??? tu ada lg tuh dlm kabinet xbw kuar lg.. serabot otak~~ xpe,sy suka keje nih~~

tetiba arini ramai lak owg nk beli tender.. aduyai~~ time owg xde lah, owg rmai dtg.. alang2 lyn customer kat kaunter,aku sempatlah baca paper arini.. tetiba baca lak psl umah aku.. psl nk pindah2 nih..


ye, sy dah siap utk bpindah walaupon sy xkemas brg apa2 pon lg.. ayah dpt umah kat presint 18, aku lak dpt umah kat presint 8 tp mohon tukar ke presint 6 supaya dekat dgn opiz aku nnti.. tggu je lah umah mn nnti aku bakal mnetap dgn seseorg.. xpon aku dok sowang2 jer.. padan muka aku!!

tbaca lak pasal rumahtangga & perkahwinan.. emmm, bnyk gak informasi dlm paper arini.. bukan psl ekonomi, sosial & luar negara, semua ada..

** 9 tips mgelakkan penceraian... sila baca~~

td ada ustaz yg bg ceramah pada sambutan majlis maulidur rasul pada jumaat yg lepas IM dgn aku kat fb.. antara yg bestnya bila ........

** mantap betol KEKWA nih???? hehehehhe, kami mmg mantop.. wakakaka, trima kasih ustaz.. thn ni kami akan cuba mmantopkan lg Kelab KEKWA nih.. emmm, aku jd AJK Promosi & Publisiti valid smpai hujung thn ni je, tah dpt renew for next year ke idak ek???? insyaAllah..