Wednesday, April 18, 2012

Mimpi?????

Malam tadi aku tmimpikan sesuatu yang pelik..
Boley lak aku g makan satay dengan seorang nenek tua kat gerai di dalam kawasan hutan..
Dia xmakan tapi myuruh aku makan satay tu smpai hbis..
Bila dah habis makan, nenek tu kata..
"jangan risau cu, nenek akan jaga kamu"

aku yang macam tkesima cuma pandang je dia..
selepas makan, dia hantar aku balik umah..
(pdhal tu bkn umah aku sb umah tu usang, umah lam hutan)
aku ley ckp trima kasih kat dia..
dan dia ulang lagi ayat "jangan risau cu, nenek akan jaga kamu" sambil nenek tu peluk aku..
then trus dia berlalu pergi..

erkkkkkk... apakah???????

aku g lah search tafsiran mimpi kat google..
ermmmm... xde yg spesifikasi je psl mimpi aku nih..
so aku anggap itu cuma "MIMPI"
maybe sebab aku nk sgt mkn satay kot..
hehehehehhe~ smpai tbawa2 lam mimpi..

Antara tafsir mimpi yang menarik :

** Memandikan mayat 
Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.

** Melihat kafan
Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.
Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.
Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.

** Melihat keranda mayat
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.
Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik.

** Mimpi Sesama Manusia
Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.

1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali
Al-Ustaz Abu Sa’id berkata; “Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya.”

Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.

2. Melihat orang tua
Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.

3. Melihat pemuda / tidak dikenali
Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.

4. Melihat kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

Kesimpulan : Semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya. Berdoalah dan mintalah dari-Nya. Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.

Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta’awwuz (A’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.
 
Kalau diamalkan perkara di atas Insya-Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita, wallahualam.

HotSound Music Showdown 2012 : Battle Of The Band


HOTSOUND MUSIC SHOWDOWN 2012
BATTLE OF THE BAND
 ........................................

Sila hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut..
thn lepas band husband ada masuk tp xdpt g final lak..
mana tau rezeki tahun ni..
tapi tah le klau husband ada rasa nk masuk..
sekarang dia dah malas nk join battle..
tapi kdg2 tkeluar gak pkataan "rindu nk msuk battle" dari mulut dia..
tau dia rindu nk join battle cam dulu..
tp sb dia ada komitmen kerja...
dan ptambahan komitmen lam family, dia dah xde masa..
nk jemming pon xde masa..

sabtu ni baru dia bgiat lik lam jemming..
nk msuk battle kat KBS katanya "clash of the band 2012"
sempena Hari Belia 2012~

so, just wait n see..
xsabar nk tgk dia perform lik cam dulu..
kali ni aku xley tlompat2 cam dl dah..
anak ada lam pewot..
klau husband msuk battle nih..
ni lah battle ptama bakal anak aku akan dgr dan rasai..


nota kaki : "abg, gitar abg kat umah tu dah bsawang tau.. kena bersihkan dulu sbelom jemming.. takut ada cicak yg tkena renjatan elektrik lam lam tuh nnti..

Tuesday, April 17, 2012

PTPTN mahu dimansuhkan??

Malam ni dikala musan..aku tertarik menarik kau memang deboom.. 
Kihkhihkhihk,aku tertarik untuk memberikan pendapat tentang PTPTN yang mahasiswa sibuk dok suh mansuhkan!!

APA ITU PTPTN????

kenal logo ini????
xkenal??? mmg dah nak mampui nih....

ok2, meh sini aku bgtau sikit..
(wakil Kementerian Pengajian Tinggi nih)

menurut wikiwikitwikitpedia..
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997   (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

fungsi utama PTPTN :-

Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.
 

Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.

korang nampak tak perkataan menguruskan pembiayaan kewangan???
nampak tak perkataan memungut kembali???

yang dia orang ni sibuk nyibuk nk suh mansuhkan PTPTN pehal??

korang tahu x? 
siapa yg dpt PTPTN nih????
untuk apa PTPTN nih???????
siapa yang dpt kebaikan????
siapa yang dapat keburukan????

MEH SINI AKU BAGITAHU!!!!!

siapa yg dpt PTPTN nih????
  •  majoriti yang mendapat bantuan PTPTN nih adalah orang2 yang TIDAK BERKEMAMPUAN!!!! Korang ada tengok xanak orang kaya gila bataknya, dpt PTPTN???? xkn???? dia org xperlu pon PTPTN nih..
 untuk apa PTPTN nih???????

  • PTPTN ni untuk bantu korang biayai kos pembelajaran sewaktu di IPT.. rasanya kalau nk harap keluarga yang pendapatan tak sberapa, kompom xmampu nk msuk universiti.. dan mesti lah kat universiti tu, KHAS UNTUK ANAK2 ORANG KAYA JE.. tul x????
 siapa yang dpt kebaikan????
  •  orang2 yang bertuah dpt bantuan PTPTN nih.. keluarga pon xpayah nk pk camne nk bgolok bgadai untuk cari duit for korang sambung blaja walaupon blaja tu korang sia2 kan..
siapa yang dapat keburukan????
  • haaaaaa... bab ni lg best~ SIAPA??????
  • PTPTN ler jugak yg mendapat kburukan sb korang dah pinjam xreti byr.. kalau bkerja xpe jugak ley byr balik, kalau yg maleh nk bkerja??????? sio2 je korang msuk IPT dan dpt pinjaman PTPTN nih..
  • yang menanggung beban?? PTPTN!!!! SEBAB KORANG XMO BYR!!! KALAU TOKEY AYAM JUAL AYAM, TAPI ORANG XBAYAR LIK DUIT AYAM KAT DIA.. LAMA2 LINGKUP JUGAK WEY...
so.. kepada mereka2 yg mahu PTPTN dimansuhkan, fikirkan lah betui2..
korang rasa, korang ley g IPT dengan duit korang sendiri ke?????
korang rasa korang layak ke g IPT kalau xde duit???????????
kat IPT tu, kompom anak org KAYA je yg ado..
sebab yg miskin dan tidak bkemampuan ni bengong, nk mansuhkan pertolongan utk kemajuan pendidikan korang~
kalau korang nk mansuhkan, baik korang mansuhkan skali loan2 org yg muflis kat malaysia nih..
dah sedap ko perabiskan duit PTPTN tu, korang sesedap nk mansuhkan ek....
ingat duit tu jatuh dr langit apa??? (rezeki2...)
kalau dah tau xmampu bayar, xpyh mgatal nk sign agreement utk dptkn PTPTN~

ANDA SIGN ANDA DAPAT SEDAP DAPAT SEKSA!! SENDIRI JAWAB!!

tolong arrrr.. fikirkan secara mendalam!!

JANGAN LIBATKAN POLITIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA!!
KORANG NAK LINGKUP, NK SOKONG SAPA PON, TERPULANG!!
TAPI JANGAN HANCURKAN PENDIDIKAN NEGARA!!

FIKIR KMANA GENERASI KITA YANG AKAN DTG!!
FIKIR BEBANAN HIDUP YANG MAKIN TINGGI DI MALAYSIA!!

PTPTN : "PINJAM TAU, PULANG TAK NAK"

nota kaki :- fuhhhhhh.. sib bek aku xpinjam PTPTN.. xpyh byr lik, xpyh pening2.. xmsuk IPT pon, keje molek jgk apa????? so, dimana ada kmahuan, disitu ada highway~

**ni cuma pendapat aku.. pendapat korang, lantok lah, aku peduli hape..

Thursday, April 05, 2012

tips merawat kaki kejang ketika hamil~

pagi tadi betis aku cramp lagi buat hari yg kedua . sekarang kan musim hujan, cuaca memang sejuk la . walaupun badan berpeluh, tapi aku tetap rasa sejuk. boleh tolong explain tak ayat aku tuh? sebelum aku pregnant pun aku selalu cramp ni . aku bukan mengeluh, tapi ni yang aku rasa . aku try google punca2 jadi cramp ni . bagi korang macam biasa je,tapi aku anggap luar biasa . nak tukar posisi masa tido pun boleh cramp . masih biasakah?

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:
  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:
  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anada menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

** skrng still terasa sakit lg.. adakah ia bakal myerang aku lagi????? waaaaaaa... balik keje nnti ayah dtg jempot, fuhhhhh... selamat xpyh jln.. klau kaki aku cramp tgh jln, aku nangis je lah minta tolong nnti...