Sesungguhnya, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)
perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh
seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.
Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami. Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.
Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah,
menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah
dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan
pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.
Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu
engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal
kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu dirumah.”

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

No comments:
Post a Comment