hari ini dalam sejarah.. aku first time kena sampaikan tazkirah.. aku dpt tahu giliran aku bg tazkirah hari ni pada hari smlm.. perghhh~~ dah la smlm ptg aku xde kat opiz sb g hntr dokumen kat Kementerian Kewangan & JKR kat Maju Junction.. time lunch, dgn pantas aku taip note utk tazkirah.. pk punya pk apa tajuk paling sesuai, aku pilih tajuk nih :- (sempena hari ibu..)
Sempena hari ibu yang akan disambut pada hari ahad minggu kedua pada bulan Mei,iaitu pada 8 Mei 2011 iaitu pd hari ahad ini dan walau bukan sewaktu sambutan hari ibu sekali pon, cuba kita fikir sejenak. Jika pd waktu ini, kita asyik memikirkan dan bcerita tentang kejaya, meningkatkan organisasi, cb kita fikir sejenak mengenai salah seorg yg penting dlm hdup kita iaitu ibu. Bila kali terakhir kita jumpa ibu kita?? Bila kali terakhir kita mencium pipi & tangan mereka?? Bila kali terakhir kita bergelak ketawa bersama mereka?? Bila kali terakhir kita menelefon bertanyakan mereka??
Adakah pada waktu ini kita lalui apa yang dia lalui dahulu sebagai seorang ibu?? Anda seorang ibu, anda semua juga seorang anak kepada seorang ibu, isteri anda seorang ibu. Pernahkan kita terfikir akan pengorbanannya membesarkan kita selama ini sehinggakan kita menjadi diri kita pada hari ini??
Setiap linangan airmata dan hilai tawa ketika kita membesarkan anak2 kita, sedarkah kita bahawa ibu kita juga seperti itu sewaktu mbesarkan kita dahulu?? Apa yang ibu kita harapkan dari kita pada waktu ini?? Tanya lah hati anda sendiri. Jika ditanyakan kepada mereka, mereka tidak akan meminta apa yang tidak mampu kita berikan, mereka hanya memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita.
Sempena hari ibu dan setiap hari, kita haruslah sentiasa mengingati mereka. Walaupon pada waktu ini mereka telah tiada bersama kita kerana mereka telah pergi menemui penciptanya, walaupon ada diantara kita tidak mengenali malah merasai kasih sayang dari seorang ibu, kita kena tanya pada diri kita siapa yg mbesarkan kita, siapa yang menjaga kita ketika sakit, siapa yg membantu ketika kita baru bermula blajar berjalan????
Ketahui lah kawan2 semua, kita seharusnya bersyukur kita mempunyai seorang ibu yg telah melahirkan kita kedunia. Kenanglah jasa sakitnya mereka mengandungkan kita selama berbulan2 dan melahirkan kita. Jangan hanya mengingati mereka pada Hari Ibu sahaja tetapi setiap hari, setiap masa dan setiap saat kita bernafas dimuka bumi ini.
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi saya sehebat mana individu tu tapi kalau tiada kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri. Percayalah..semua ibu di dunia ini akan melakukan apa saja demi memberi anaknya kehidupan yang baik. Masih tidak terlambat untuk kita menghargai mereka selagi mereka ada.
Pada ibu diantara anda semua yang telah pergi menemui penciptanya, dan pada ibu2 yg masih bersama kita, doakan mereka setiap masa & ketika walau dimana kerana kasih sayang, pgorbanan, ingatan kita pd mereka tidak akan pernah luntur kerana ingatlah bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Ukirlah senyuman diwajah mereka setiap masa walaupon ketika anda sibuk.
Kepada kawan2 yg telah menjadi ibu dan bakal menjadi ibu, selamat hari ibu. Anda adalah yang terbaik untuk anak2 anda, anda adalah penentu kehidupan masa hadapan mereka, anda juga penggerak masa dpan Negara, berbangga lah menjadi seorang ibu.
** wakakakaka..aku bc bleh tahan lah lajunya.. asal habis~~



No comments:
Post a Comment