Siapa yang TAK PERNAH tgk citer ROCK tahun 2005???
(okeyyyy, sila pindah ke negara lain klau xpnah tgk..)
heheheheheehehe~
teringat citer ni dulu2..
mmg feveret giler citer ni smpai simpan citer ni dlm hp..
jom review citer ni..
Rock ialah sebuah filem komedi muzikal Malaysi Ia telah diarahkan oleh Mamat Khalid dan telah dibintangi oleh dan dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Nabila Huda dan Siti Elizad. Ia mula ditayangkan di pawagam pada 8 Disember 2005.
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam sebuah
band rock yang pernah memasang impian untuk jadi terkenal pada dekad
80-an. Watak utamanya ialah Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai
Zack - guitarist, Jijo – bass, Black – drummer, Amy - vocalist kadang2
main tamborine dan Zul Kapan – vocalists 2, mengharungi pelbagai
peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka
iaitu mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara)
yang mantap dan berwawasan. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung
lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands akan diadakan
ditempat mereka.
Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu mereka
terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa
kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan
kehadiran Zul Kapan And The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan
harus berlatih dengan lebih keras. Dari segi penampilan pula, mereka
terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers
yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph
merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan.
Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka
terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah
menggunting kain seat bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.
Sementara itu juga Zack mengalami dilema dimana ayahnya mengkehendakinya
menghadiri temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan sudah
begitu lama Zack menganggur. Walaupun ilmu kurang tetapi semangat
membara. Perjuangan tetap diteruskan jua dan acara saringan peringkat
daerah diadakan. Kesemua band yang bertanding menunjukkan mutu permainan
yang bagus.
Begitu juga dengan kumpulan Malaikat Maut! Apabila giliran
Rimba Bara tiba, penonton dikejutkan dengan persembahan melakukan gitar
solo sehingga berasap-asap dan speaker column dikiri kanan pentas telah
meletup! Rimba Bara berjaya menjadi juara peringkat daerah! Saringan
peringkat negeri tiba! Begitu ramai band rock yang muncul untuk merebut
gelaran juara bagi melayakkan diri ke Battle Of The Bands dan membuat
album.
Segala band dari pelusuk daerah muncul. Keadaan gamat dengan suasana
rock ditambah pula dengan kehadiran Amy Search, Man Kidal dan Nasir Jani
sebagai para hakim pertandingan itu. Kumpulan demi kumpulan membuat
persembahan. Ada yang berguling dan ada yang melompat macam cipan demi
membuktikan mereka adalah kumpulan rock yang terbaik. Ada juga yang
telah patah tangan dan dikejarkan ke hospital kerana tangan terpukul
besi drum.
sumber : wikit wikit apa dia~
so, untuk tahun nih..
ada buah tangan baru dari Mamat Khalid..
memang ditunggu2 ksinambungan cerita ini mungkin pada hari raya nanti..
Mengenai “ROCK Ooo…”
Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) :
Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) :
“Pantang anak petani moden mengundur kalah.”
Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad
untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus
mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi
merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal
di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh
Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…”
"TAK MENEPATI MASA.. RASUAH..
ITU SEMUA BOLEH MEROSAKKAN BANGSA TAU..
TAU...TAU..."
** kredit photo : budiey
nota kaki : tu dialog yg slalu dgunakan bg band2 yg slalu dtg lewat bila ada event skrng nih..
masalah... masalah...





No comments:
Post a Comment