PUNCA CURANG, KENAPA?
Tertarik dengan satu artikel kat surat khabar metro aritu pasal wanita cantik penyumbang
terbesar untuk curang. Tapi pada aku, bkn wanita sahaja yg terlibat tetapi lelaki pon ado..
banyak contoh depan mata, bnyk contoh di media massa.. so, aku search kat google tentang
"CURANG" nih.. so aku terjumpa 1 blog yg ada poin2 atau punca serta sebab2 curang~
sila baca.. klau terkena kat muka sendiri, sila gelak sorang2.. pastikan tiada org yg akan
nmpk anda sb nnti org pk anda gila..
1. Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat (habit)
Mungkin orang jenis ni paling pelik di dunia. Dia rasa kehidupannya tak lengkap kalau hanya
setakat menjalinkan hubungan dengan satu pasangan saja. Mungkin dia sudah terbiasa dengan
keadaan persekitarannya? atau mungkin hobinya suka menghancurkan perasaan orang lain
sebab rasanya puas. Mungkin juga sebab tiada perasaan dan berhati perut, sebab tu lah sikap
curangnya menjadi suatu kebiasaan. Agak keji dan hina, kan? Shame on you.
2. Tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki
Punca utama adalah diri sendiri. Tidak pernah rasa bersyukur dan menghargai apa yang sudah
dimilikinya sekarang. Merasakan dirinya paling hebat sebab mampu menarik perhatian selain
pasangannya. Hebatlah sangatla tu? itu namanya PERASAN HEBAT!!
3. Rasa diri 'Lonely' dan terabai
Sebab inilah yang paling banyak berlaku dalam masyarakat sekarang. Alasan, rasa sunyi
berseorangan, perlukan perhatian dan kasih sayang lebih. Ini biasanya berlaku jika pasangan
yang hidup berjauhan, jauh dari mata. Walaupun selalu cakap, jauh di mata, dekat di hati.
Tidak semua mampu. Tapi yang duduk dekat pun kadang-kadang berlaku jugak.
Menyebabkan ada 'ruang kosong', mula-mula berkawan biasa, lama-lama jadi rapat
timbullah perasaan yang tidak sepatutnya.
Sekarang pun sangat hangat kisah curang di Facebook, kan?
4. Sekadar suka-suka
Beranggapan hanya untuk main-main hingga terjerat diri sendiri. Biasa berlaku ni.
Cuba periksa di sekeliling kamu. Ntah-ntah diri kamu sendiri pernah buat jugak, LOL.
sumber : Jeansbean Tumblr
5. Cemburu dan balas dendam
Ini biasanya berlaku sebab sakit hati bila dapat tahu pasangannya curang. Jadi dia pun nak
tunjuk hebat jugaklah balas dendam buat hal yang sama, curang. Akhirnya, termakan diri sendiri.
6. Masih berhubung dengan kekasih lama
Haaaa, ini perkara wajib dielak, itu pendapat peribadi saya. Sebab bagi saya, ianya memang
mampu menggoyah perasaan. Timbul perasaan kononnya cinta lama lebih membahagiakan.
Pilihan di tangan masing-masing tapi berlaku adil dan bijaklah juga. Jangan sampai mengguris
perasaan orang lain. Memanglah, orang cakap, takkanlah sebab dah breaktak boleh kawan?
Siapa larang kalau nak berkawan, tapi kalau rasa diri tu lemah iman dan tak mampu nak setia,
lebih baik janganlah. Mencegah lebih baik dari mengubati,kan? Cuba kenang semula good
moment dengan pasangan kamu yang sekarang.
7. Mengadu masalah dengan jantina lain
Bila timbul masalah, suka mengadu dengan orang lain. Bukannya mahu berbincang dengan
pasangan sendiri. Padahal, pasangan itulah 'the best person' untuk berkongsi masalah.
Kadang-kadang post di Facebook, Twitter. Bila ada orang yang berniat tidak baik atau
memang ada menaruh hati dengan kamu, mulalah nak cucuk jarum. Nak try jadi pendengar
setia dan dan memujuk hati. Konon-konon jadi hero/heroin la. Lama-lama jadilah penyakit
curang.
dan aku tertarik untuk berkongsi apa yang adek aku tengok kat tv, dan yg di apdet kat fb dia..
"LEBIH BAIK KITA MENUNGGU ORANG YANG TEPAT
DARIPADA KITA MEMBUANG WAKTU DENGAN ORANG YANG SALAH~
Yang pasti, pilihan di tangan anda sama ada mahu CURANG atau tidak.
Sendiri fikir2kan k.. arios~
kredit to : http://www.suterakasihyann.com




1 comment:
aku suke, glamour aku kejap.. siap promote fb aku hhahhh..
Post a Comment