Friday, April 19, 2013

Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia????

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah  berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya  pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan  dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan  setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka  juga tidak menentu. 

Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari  keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat  badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu  mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan  bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih  banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan  yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar  memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di  rumah”.


Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan  menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding  wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan  terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan  lebih minat memasak setelah berumah tangga.Mereka didapati akan mula  gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula  tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan  alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.


Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami  memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah  tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat  mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan  peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak  dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut  mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.


Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang  bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua  dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus  cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat  menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah  tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92%  lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh  perkahwinan.



Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian  berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar  penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.  Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi  beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut  kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih  mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup  berbeza. 97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti  seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak  terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila  si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian  datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan  anda.


Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa  paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan  kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya  meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan  ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.  Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik  sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan  suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti  boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang  tempoh perkahwinan.


Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus  diterima sejak azali lagi.Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77%  wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan  terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang  mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan  dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi  mereka itulah kekuatan seorang perempuan.


Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas  berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir  masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan  perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka  buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.


Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih  mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks  tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang  pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula  akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku  kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda  ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama  pasangan.


Berlainan dengan wanita. Bagaimana pulak wanita yg boroi.. Wanita yang  sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan  punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan  berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak  protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani  yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan  zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani  suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah  berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung  mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.


Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami  masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa  minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian  berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika  wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan  lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan  air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam  dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan  menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria  dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang  menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu  tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.


Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut  buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti  yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda,  walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat.  Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak  buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula  dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

sumber : http://mforum.cari.com.my

No comments: