Al-Fatihah buat Arwah Noramfaizul Bin Mohd Nor
Serba sedikit maklumat tentang Arwah Noramfaizul.
Noramfaizul Mohd Nor (lahir 14 November 1971) merupakan seorang jurukamera Bernama TV (39), maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.
Noramfailzul pernah bekerja dengan Filem Negara , 13 tahun dahulu. Pada 2 Mac 1997, beliau nyaris terbunuh ketika mengambil gambar dari udara (aerial shot) tentang lumba basikal antarabangsa Le Tour de Langkawi 1997. Pada saat akhir, beliau tidak jadi menaiki Cessna 172 milik Mofaz Air, terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, pulau Langkawi. Seorang juruterbang dan dua juru kamera terbunuh. Selepas peristiwa itu, Noramfaizul bertukar ke syarikat MetroVision.
Ekoran syarikat itu ditutup, beliau menyertai Bernama TV pada 2002.
Pada mulanya aku just mdgr berita ni.. Aku diamkan saja..
Tapi bila along aku bgtau yg arwah ni dulu sama tmpat keje dgn ayah aku..
ye.. dulu arwah rapat dengan ayah..
teringat lagi zaman 90-an dulu time ayah keje kat IPTAR, RTM..
jawatan dia Pembantu Am Pejabat time tuh..
selalu ada je dgn ayah kmana pon time keje..
time buat family day IPTAR..
aku, angah suka tengok dia sb dia hensem..
baik pon baik..
time tuh dia xkawin lg..
aku pon time tuh skolah rendah lg..
emmmm.. sedey sgt~~ rupanya org yg kenal..
semoga roh arwah dtempatkan dikalangan org2 yg beriman..
semoga dia tenang dsana.. insyaAllah..
Al-Fatihah...





No comments:
Post a Comment