Pagi tadi aku ter "miss" nk masuk tazkirah bahagian..
yg bg tazkirah hari ni Cik Azlinda Binti Azis..
Tajuk dia mmg padan dgn aku : Jangan Bersedih ~~
antara yang ditaipkan :-
Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang DIUJI, yang TELAH DIUJI & yang BELUM DIUJI...sedarilah bahawa jika anda hidup hanya dalam batasan hari ini sahaja, maka akan celaru
fikiran anda..akan kacau semua urusan dan akan semakin menanggung kesedihan dan kegundahan diri anda.
JANGAN BERSEDIH....Cintai Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan
JANGAN BERSEDIH....Redha dengan anugerah Allah membuatkan anda kaya di dunia
JANGAN BERSEDIH....Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
JANGAN BERSEDIH....Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan org lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
JANGAN BERSEDIH....Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari yang Maha Esa
JANGAN BERSEDIH....Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan
JANGAN BERSEDIH....Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat....JANGANLAH BERSEDIH...dunia ini terlalu hina untuk ditangisi...


No comments:
Post a Comment