pada 01 oktober 2011 dengan bsemangat wajanya, aku bgun awal pagi. Nak g tgk function org kawin kat senawang.. dah lah xtau jln, sesat tu bley arr.. lapar xhingatnya lak tuh..
sampai2 kat umah pengantin, tgk lah nuar, lea, rasheed, atan yg bsemangat men band dlm hujan.. dah lah kena tempias lak tuh.. ishhhhhh~~
ingatkan hujan kejap je, rupanya lg lebat..
adehhhhhhhh...
pastu aku pk nk lah mkn sb aku dah lapar sgt..
dan yg tkejutnya, catering tu dah start ngemas..
jam time tu kul 2 petang...
aikkkkk, kenduri kawin bkn biasanya smpai kul 4 ke.. xkn 2 jam je mkn kot.. yang tinggal time tu cuma ns putih dgn kuah dal jer..
mmg best~~ pastu dpt lah daging sikit.. aku mmg xmkn dah~~ putus mood.. terus aku ajak balik..
laparnya pasal, beli lah mcd kat nilai..
huh, kenyang gak perot aku...
balik umah, mandi, tukar baju..
then kuar balik...
g tengok bola..
"Piala Sultan Selangor 2011"
Selangor Lawan Singapore
(veteran & selection)
Seperti yang dijangka pasukan veteran Selangor mudah menewaskan pasukan Veteran Singapore. Gol awal diperolehi melalui tolakan cantik P.Maniam pada minit ke 8″.Dollah Salleh pula menambah derita Singapura dengan gol keduanya pada minit ke 12″...
Tersentak dengan itu Singapura bangkit dan mendapat gol menerusi Abdullah Noor pada minit ke 17″...Tetapi dibabak akhir perlawanan Dollah Salleh membuktikan sentuhannya masih lagi berbisa apabila menambah koleksi 3 gol untuk Selangor... yeay~~
Bebalik kepada main match iaitu pilihan Selangor menentang pilihan Singapura,ternyata pada babak pertama permainan Singapura jelas menguasai perlawanan dengan melakukan beberapa cubaan cantik ke arah pintu gol Selangor.
Masuk pada separuh masa kedua,Selangor mula mendapat rentak,peluang terbaik yang diperolehi menerusi tolakan Amirul hadi kepada Safee Sali,tetapi Safee Sali gagal memaanfaatkan peluang tersebut.Dalam keghairahan Selangor memburu,penjaga gol Selangor telah melakukan kesilapan dimana gagal untuk menangkap bola dengan kemas,dalam pada masa yang sama Asarudin Putra pula tertampan bola tersebut seterusnya menghasilkan gol untuk Singapura pada minit ke 65... (mmg ************) sabar je lah aku~~
Stadium Shah Alam bergemuruh seketika apabila Amri Yahya menjaringkan gol pada minit ke 80″tetapi gol tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana dikatakan Amri Yahya menggunakan tangan. ( mmg cam hampeh...) Keputusan Selangor 0-1 Singapura kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan ini membolehkan Singapura pulang bersama hadiah kemenangan RM50,000, pada ketika Selangor, yang turut membariskan dua pemain import bekas pemain Liverpool, Jason McAtee dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist sekadar meraih RM10,000.
(adehhhhh.. RM10,000~~ RM1,000 aku pon susah sangat nk dpt haaa...)
kseluruhannya : plawanan mmg best walaupon aku blah awal sb aku mgantok.. dtmbh lak parking dah sesak.. sib bek kete xkena block.. esknya, berita mgatakan stadium dpenuhi dengan 60,000 penonton.. ye, mmg betul... 60,000~~ ramai giler smpai penuh stadium tuh..
yang bestnya ada Amy Search.. nyanyi lagu fantasia bulan madu & isabella..
memang best~~ xsia2 aku pegi..
** sbelom balik posing dulu... ada aku kesah????




No comments:
Post a Comment