Pasakkan kaki mu ke bumi
Sedar lah dari mimpi
Bangun lah jasad yang terbujur kaku
Bangun mengadap kehadapan
Bukan lagi kebelakang
Jangan terus dibuai mimpi lena mu...
Pasakkan kaki mu ke bumi
Bukakan lah mata mu
Buka seluas-luasnya
Apa yang nyata ada di depan
Rasai lah
Semuanya adalah kenyataan..
Pasakkan kaki mu ke bumi
Kau masih lagi berpijak
Hati masih berdegup
Kaki terasa berbahang
Tangan berpeluh tanpa arahan
Terbangunkah diri mu dari jasad mu..
Teruskan berpasak dibumi
Di bumi yang nyata
Semua nya kenyataan
Hadapi dan redha semuanya
Kerana ini ketentuan Dia
Dia pencipta segalanya.......
Monday, October 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment