MAKLUMAN MENGENAI TINDAKAN KPDNKK BAGI MENGEKANG KENAIKAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN
Sebagaimana Y.Bhg. Datuk sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Namun, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam dijangka akan mencetuskan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh golongan peniaga yang tidak beretika.
Sebagai tindakan proaktif, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menubuhkan pasukan petugas khas (Task force) untuk memantau trend harga dan bekalan di pasaran, di samping mengadakan sesi rundingan dengan pihak industri terutamanya makanan serta bekerjasama dengan pihak NGO dan rakan pengguna dalam usaha menangani isu kenaikan harga dan pengambilan keuntungan yang melampau dalam setiap peringkat rantaian perniagaan. Pengguna juga boleh membuat aduan berhubung isu kenaikan harga ini dengan menghubungi talian aduan KPDNKK di talian 1-800-886-800 atau layari laman web kami www.kpdnkk.gov.my .


No comments:
Post a Comment