Tuesday, April 03, 2012

kambing hitam dan tuannya.. (embekkkk...)

wakakakkakaka..tajuk xhingat2nya nih..
ni nk bt citer karut sikit nih..
cerita dikala musan..
.............................................................................................

Kambing Hitam dan Tuannya.. (embekkkkkk...)

Pada suatu petang, seorang lelaki membeli seekor kambing di pasar pagi dengan harga rm300 (manyak murah, sempena jualan karnival@mega sale).. 
kambing yg berwarna hitam itu dipanggil "baby" kerana muka yg tiut dan warna yg menawan (hitam)..

 (apa pandang2??? xpenah tgk kerrr??)


si kambing merasa amat bertuah kerana dia dan tuannya meminati perkara yg sama. kambing itu merasakan dia benar2 serasi.. (serasi bersama gitu..)

hari demi hari.. bulan bertemu bulan..
pada kambing, dia merasakan yg tuannya betul2 sygkannya..
sehinggakan setiap permintaan kambing utk mkn makanan sedap, sentiasa dipenuhi oleh tuannya.. (kalah santa claus)
jika tuannya menonton tv, kambing pon mnonton tv juga bersama2.. (mnonton mentor 6 gamaknya..)
jika tuannya bergosip dgn jiran2, mesti kambing turut berada disisi tuannya utk ketawa mdgr gosip itu.. (mn tau ley diserapkan masuk lam rancangan Galaksi Tv9 ke kan..)

 si kambing itu tidak merasakan dirinya akan diperlakukan bertentangan dari apa yg dia terima dan lalui selama bersama tuannya..

hari makin hari..
si tuannya mula mengarah si kambing utk mencari makanan..
si kambing juga diminta utk mbuat segala kerja rumah..
kambing mula tidak berpuas hati dengan tuannya.. (nk mgadu kat talian Nur xbley sb dia kambing)

kambing juga mula mengadu kepada kambing2 jiran sebelah rumah tuannya untuk meminta simpati.. (nk mgadu kat "bersamamu" xlayak plak)
disangkakan kambing2 jirannya itu kesian dan mengambil berat akan diri nya.. akan tetapi sangkaannya benar2 meleset..

kambing jiran2 nya mula mengata tentangnya yg banyak mengomel..
kambing jiran2 nya juga mengadu kepada tuan kambing tentang perangai kambing itu..
akhirnya kambing itu dipulaukan tuannya..
kambing mula mencari makan sendiri..
tuannya pula tidak lg menegur kambing.. (padan muke..)

semakin lama, tuannya itu mula menyampah dengan kambing..
kambing terasa memang dipulaukan..
kambing menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tuannya itu..
tuannya hanya angguk tanda memahami..
kambing meluahkan segala2nya pd tuannya itu dengan harapan tuannya menyukainya kembali dan menyayangi dia..

malang tidak berbau utk kambing (walaupon kambing itu berbau..), dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya itu, tuannya semakin menaruh dendam dan benci pada kambing tersebut..
kerana geram yg teramat sangat2.. (geram memang aku geram, geram geram..)
tuan kambing tersebut mula memasang perangkap..

pada malam berikutnya..
kambing dilayan dengan baik sepertimana yg diminta..
kambing berasa terharu sgt2..
kambing tidak sedar tuannya meletakkan pil tidur didlm makanan kambing tersebut..
kambing makan sehingga kekenyangan..
akhirnya dia terlena akibat termakan makanan yg mengandungi pil tidur tersebut..

tuan kambing tersebut mengambil peluang itu untuk sembelih kambing tersebut. lalu dibuat rendang kambing..
begitulah riwayat kambing dengan tuannya..

kesimpulan :- jgn kita sangka org sukakan kita, terkadang ada jgk org yg bpura2 baik dgn kita.. sdgkan didlm dirinya mempunyai ketidakpuasan hati..


sekian, terima kasih bc kambing dgn tuannya.. sapa kambing?? sapa tuannya?? sama2 kita fikirkan.. 

** aku kalau bab mengarut ni no 2 sebab no 1 adalah kambing..
 

2 comments:

Mass said...

macam-macam la dya nie...hahahah

budak yang comot~ said...

kihkhihkhihk.. paham x apa yg cuba dsampaikn tuh??? makna2 tsirat tsurat???