Wednesday, April 04, 2012

Penjamin?? gerentor??????

 
Pindaan membabitkan definisi penjamin dibahagikan kepada dua, iaitu
penjamin sosial seperti mendapatkan biasiswa, perumahan serta berkaitan
keluarga dan penjamin korporat bagi pelbagai kegiatan perniagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata
perlindungan hanya diberikan kepada penjamin sosial, manakala penjamin
korporat dikenakan tindakan seperti peruntukan sedia ada.
"Ia dipinda untuk memberi perlindungan dan keadilan terhadap penjamin
sosial yang selama ini terpaksa menanggung beban sehingga dikenakan
tindakan muflis berikutan kegagalan peminjam melunaskan hutang.
"Peminjam yang sebenarnya harus dikejar dulu oleh bank atau institusi
berkenaan. Apabila peminjam tidak dapat dikesan dan tidak boleh dihubungi
baru pergi penjamin sosial tadi.

******************************************
 
Timbul soal penjamin ni adalah kerana aku terima msg dari seseorang di fb berkaitan menjadi gerentor. (nama dirahsiakan atas sebab2 ttentu..)

 ** msg dari seseorang

secara jujurnya, aku xberani dan memang xkn baik hati untuk jadi gerentor sesiapa pon..

bila aku terangkan pd dia kenapa aku xnk jd gerentor, dia seperti tidak memahami apa yg cuba aku terangkan.. jadi meh sini aku terangkan dengan lebih lanjut.. juga untuk sesiapa yg teringin atau hendak menjadi gerentor, sila baca ini dulu, baru ambil tindakan selanjutnya ok..

CCRIS??????
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem pengkalan data yang menyimpan rekod yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara dan CCRIS akan memproses data tersebut menjadi laporan kredit dan ianya boleh diakses dari mana-mana istitusi kewangan.

CCRIS menunjukkan
  • Jumlah Hutang Peminjam
  • Jumlah hutang sebagai Penjamin
  • Kadar faedah
  • Caj-caj tertunggak pinjaman (peribadi,kereta,rumah,kad kredit dsb)
  • Jumlah bayaran bulanan peminjam
  • Jumlah Bayaran bulanan
  • Status Pinjaman 
  • Maklumat ringkas senarai hitam/muflis
Biasanya sebelum memberi pinjaman pihak bank akan semak tahap kesihatan CCRIS anda dengan bank negara untuk menilai DSR (Debt Score Ratio). Sekiranya anda mengalami masalah kewangan seperti tidak membayar pinjaman atau anda terikat menjadi penjamin yang menghilangkan diri, maka anda tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman.


CUEPACS bimbang ramai penjawat awam
bakal MUFLIS??????

 kes muflis ini bukan sahaja berlaku kepada penjawat awam tetapi kepada semua. Kesan sangat tinggi dari sebab muflis ini iaitu mendorong kepada gejala lain seperti penipuan, rahsuah, masalah rumahtangga, masalah diri dan sebagainya. Ia akan berkaitan antara satu-sama lain.

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, mengulas laporan bahawa 1,086 penjawat awam diisytihar muflis pada 2009, dengan 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki.

Yim Pheng berkata, jika perkara ini tidak dipantau, ia akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka. “Hutang berkenaan akan membawa kepada gejala rasuah dan ini akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan, katanya. Beliau berkata, kebanyakan kes muflis berlaku berikutan kedudukan penjawat awam sebagai penjamin bagi pinjaman yang dilakukan rakan atau ahli keluarga mereka.

Nasihat kami adalah supaya mereka berhati-hati apabila menandatangani perjanjian sebagai penjamin kerana sebaik saja peminjam gagal membayar pinjaman, penjamin perlu melunaskan baki pinjaman," kata Yim Pheng, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

“Kami mempunyai banyak kes penjawat awam yang terpaksa membayar pinjaman yang dilakukan oleh orang lain," katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam menghadapi risiko hilang pekerjaan dan pencen jika mereka diisytiharkan muflis. – sumber dari http://www.gnesop.com/2011/03/cuepacs-bimbang-ramai-penjawat-awam.html

FAKTA ANGKA
**147,227 pelanggan telah mendapatkan khidmat kaunseling AKPK 
mulai 2006 hingga Mac 2011.
**56,737 pelanggan mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK)





** nie lah antara yang dibincangkan mengenai penjamin / peminjam..

sekarang anda paham tak risiko menjadi peminjam dan penjamin????
anda ada fikir tak akibat yang bakal ditanggung sekiranya seseorang itu menjadi penjamin???
jadi anda tahu kn kenapa sy tidak mahu mejadi penjamin anda???
bagus!! 


INFO / TIPS

*** Sebaik diisytiharkan muflis
  • Menyelesai penuh hutang
  • Memberi maklumat kepada MdI setiap enam bulan mengenai pendapatan dan perbelanjaan
  • Baki pendapatan dimasukkan dalam tabung seliaan MdI untuk bayar pemiutang
  • Tidak boleh pegang jawatan dalam badan berkanun, pertubuhan
  • Tidak boleh ambil, teruskan tindakan mahkamah tanpa kelulusan MdI
  • Tidak boleh jadi pensyarah syarikat, bekerja dalam perniagaan milik keluarga tanpa kelulusan MdI
*** Untuk bebas muflis
  • Harta yang ada nilai kewangan diamanahkan kepada Ketua Pengarah MdI
  • Diisytiharkan muflis atas alasan salah
  • Harta terbabit dijual untuk bayar hutang
  • Bagi kedua-dua kes di atas, mahkamah akan memerintahkan perisytiharan muflis dibatal dan tidak direkodkan
  • Dilepaskan Ketua Pengarah MdI mengikut Sijil Pelepasan (Seksyen 33A), antaranya warga tua tidak berkemampuan, pesakit kronik seperti barah dengan syarat muflis sudah lebih lima tahun.
nota kaki : jika anda tidak paham jugak, g kat google, search lah noob pasal penjamin.. ada paham??? tau buka facebook, youtube je.. xkn semua nk aku bgtau jugak??????

2 comments:

Mass said...

bagus...bagus...details buat kajian tu..heheh...
jangan biar diri anda menjadi mangsa...

budak yang comot~ said...

haruslah.. kita bg org YG XPAHAM BAHASA bg PAHAM!!